KHALID SAMAD SALAHKAN UMNO DAN BN BERKENAAN ISU NURUL IZZAH



Apakah kenyataan yang telah dibuktikan dengan video dan petikan kata-kata Nurul Izzah semasa forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa? adalah fitnah?

Khalid Samad, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menegaskan kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik. Apakah bukti yang dimahukan Khalid Samad lagi bagi membuktikan kenyataan Nurul Izzah itu benar?

Khalid Samad juga mempertahankan Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini. Jika benar, kenapa sanggup mengaitkan orang Melayu?

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Jawapan Nurul Izzah, pastinya semua orang sudah ketahui.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 12, 2012 at 11:34 PM

kan ker president pas dah kata bukti video tu besi, mana boleh pakai.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger