KHALID IBRAHIM CUBA HALANG MEDIA SIAR KEBENARAN ISU PKNS



Disebabkan artikel Utusan Malaysia tulisan Datuk Zaini Hassan bertajuk Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka? benar-benar telah membuatkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terasa pedasnya. Mana tidaknya, tindakan Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim mahu menjual aset-aset PKNS yang disifatkan rakyat Selangor sebagai merompak harta Negeri Selangor.

Khalid Ibrahim telah mengarahkan peguam-peguam PKR Selangor peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Zaini dan Utusan Malaysia kerana mendakwa artikel berkenaan sebagai jahat, palsu dan menjejaskan nama baik beliau.

Tidak cukup dengan itu, Khalid Ibrahim juga mengarahkan peguam-peguam PKNS untuk mengambil tindakan yang sama ke atas Utusan Malaysia dan Datuk Zaini Ujang.

Ramai di kalangan rakyat Selangor melihat tindakan Khalid Ibrahim melibatkan peguam-peguam PKR dalam isu ini sebagai mahu menghalang isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didedahkan kepada umum. Andai kata isu PKNS itu tidak benar, Khalid Ibrahim boleh mengambil pendekatan lain dengan mengemukakan ‘bukti’ bahawa isu PKNS itu palsu dan bohong.

PKNS dikatakan akan menjual aset-asetnya kepada sebuah syarikat yang dikatakan milik kroni Pakatan Pembangkang. Yang menjadi kemarahan rakyat Selangor, syarikat itu adalah milik bukan Melayu. Jika ini berlaku maka rakyat Selangor akan kehilangan aset-aset yang selama ini menjadi tunjang kepada ekonomi Selangor.

Antara aset-aset PKNS yang akan dijual ialah bahawa Bangunan PKNS di Shah Alam dikatakan akan dijual dengan harga RM85 juta selain Menara PKNS di Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta). Nilai keseluruhan kelima-lima aset tersebut ialah berjumlah RM321 juta.

Jika benar apa yang ditulis Datuk Zaini Ujang dan telah dibongkarkan oleh Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Noh Omar, maka wajarlah Khalid Ibrahim menjawab beberapa persoalan yang kini menjadi perhatian rakyat. Rakyat kini sedang memerhati tindakan Kerajaan Selangor yang kini sangat terdesak untuk menang PRU-13 akibat banyak kelemahan yang telah dilakukannya mereka sepanjang pemerintahan 2008 hingga sekarang.

Dikatakan penjualan aset-aset PKNS itu sedang dan telah diadakan dalam suasana yang sulit. Jika ini benar-benar terjadi, ini pastinya telah  'membunuh' masa depan peniaga-peniaga Melayu di negeri berkenaan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger