KENYATAAN HARUN TAIB MENYINGGUNG KARPAL SINGH



Karpal Singh mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 sebagai suatu yang ‘nakal’ dan ‘jauh menyimpang dari kebenaran’.

Sebagai parti liberal, DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Tegas Karpal Singh lagi, kedudukan PAS mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu. DAP mahupun PKR tidak pernah wujud berteraskan hudud.

Karpal Singh juga membidas Harun Taib bahawa PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

Dengan nada tegas, Karpal Singh menyatakan “sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini.

Ternyata kenyataan Harun Taib itu seolah-olah mahu membohongi rakyat khususnya ahli-ahli PAS yang tidak mempunyai pengetahuan politik dan senang dipengaruhi. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger