KENAPA NURUL IZZAH TIDAK SAMAN SITI ZABEDAH?



Tindakan Nurul Izzah mahu menyaman akhbar-akhbar nasional seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian serta stesyen televisyen TV3 bertujuan mengalihkan pandangan rakyat kononnya kenyataannya telah diputarbelitkan media atas pengaruh BN. Pendek kata bertujuan untuk menghalalkan cara mereka.

Nurul Izzah sepatutnya menyaman ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim, orang yang bertanggungjawab bertanyakan soalan sedemikian kepada Nurul Izzah. Begitu juga dengan Malaysiakini, portal maya yang pertama mengeluarkan artikel sebaik saja selesai forum itu berlangsung. Sepatutnya Nurul Izzah saman mereka yang mula-mula menyiarkan kenyataannya dan orang yang bertanggungjawab dalam bertanyakan soalan terhadapnya.

Taktik hanya memilih orang-orang tertentu untuk disaman adalah cara yang biasa diamalkan oleh bapanya, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya apabila sesuatu isu itu tidak dapat dijawab.

Jika benar Nurul Izzah berpegang kepada pendiriannya bahawa kenyataannya itu tidak bermaksud menyokong untuk memurtadkan orang Melayu sewajarnya Nurul Izzah saman Siti Zabedah. Janganlah berlaku double standard hanya kerana tidak mahu menanggung kesalahan diri sendiri.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger