Karpal Singh mengingatkan Nik Aziz supaya segera menyelesaikan kemelut berhubung
isu membabitkan parti itu terutamanya hukum hudud dan air mentah. Jika ini
tidak ditangani secara berimbang dan berhemah, ini akan memberikan kesan
negatif kepada Pakatan Pembangkang.
Karpal Singh tidak mahu disebabkan kedegilan dan kedangkalan PAS dalam
menyelesaikan masalah ini membuatkan DAP dan PKR menerima kesan negatif dan
menjejaskan kemenangan bersama Pakatan Pembangkang. Nik Aziz harus memahami
keadaan ini supaya tidak menjejaskan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang.
Amaran keras Karpal Singh itu memberikan tekanan kepada DAP yang beriya-iya
mahu menakluk Malaysia daripada BN. Jika PAS masih tidak menghiraukan amaran
ini terutama Nik Aziz, adalah tidak mustahil DAP akan bercerai daripada Pakatan
Pembangkang atau DAP akan keluar Pakatan Pembangkang. Ini kerana mereka ini
masing-masing kecewa dengan perangai pemimpin yang dianggap hanya mementingkan
parti masing-masing berbanding Pakatan Pembangkang.
Karpal Singh sudah mula sedar lenggang lenggok PAS dan Nik Aziz dalam menyelesaikan
masalah dalaman Kerajaan Kelantan yang kini sangat bermasalah. Keengganan PAS
menyelesaikan masalah tersebut akan mendorong kegagalan besar (pakatan
pembangkang) dalam pilihan raya.
Apakah Nik Aziz akan mendengar amaran Lim Guan Eng? Ego Nik Aziz lebih
tebal daripada ego Lim Guan Eng. Mereka ini kan tidur sebantal tetapi mimpi
lain-lain.









Sayang Sarawak, negeriku Sarawak,
BalasPadamMakan pulut berlauk ikan;
Memang Pok Nik orangnya warak,
Manakan patut ditolak ditekan.
Manakan patut ditolak ditekan,
Dikotak-katik dek kafir harbi;
Jika melutut dek anak Kit Siang,
Ke mana nak bawa marwah Islami?