INILAH VIDEO NURUL IZZAH YANG MEMPERSENDAKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU



Jika sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta sesiapa yang mempunyai bukti mengenai kenyataan dan percakapan Nurul Izzah yang didakwa mempersendakan Islam, inilah videonya.



Forum bertajuk: Negara Islam, Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab anjuran Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) yang telah diadakan di Subang Jaya, Selangor.

Kenyataan Nurul Izzah: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Tunggu apa lagi JAIS, segeralah siasat. Jika JAIS tidak mempunyai kepakaran dalam dunia ICT, mintalah bantuan dengan blogger-blogger Selangor yang mempunyai kepakaran. Jangan jadikan ketiadaan staf dan tidak cukup pegawai sebagai alasan untuk tidak melakukan siasatan.

Juga jangan juga disebabkan JAIS yang diletakkan di bawah Menteri Besar Selangor lepas tangan dalam isu ini. Ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut murka di atas kenyataan Nurul Izzah yang cuba memporak-perandakan Islam dan orang Melayu di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Video ini boleh dilayari menerusi alamat ini http://youtu.be/XXVAHH-W6tw


Marilah sama-sama kita LIKE video ini yang telah disiarkan di laman Youtube bagi memberikan gambaran jelas bahawa Naib Presiden PKR itu sudah jauh lari dari Islam. Jika tidak mempunyai ilmu agama, tak usahlah bercakap hal agama. Inilah jadinya. 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 7, 2012 at 12:15 PM

Politik anak beranak yg semakin Celaru..haghuuu bighuuu !!.....macm ni punya melayu pun ada kaa?? kami Undi BN terbaik !

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger