HUDUD: MANA SATU YANG BETUL NI?



Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib mengesahkan Pakatan Pembangkang telah mencapai kata sepakat berhubung melaksanakan hukum Hudud sekiranya mereka menang PRU-13 akan datang. Jika Pakatan Pembangkang menang, kerajaan baru yang dipilih rakyat itu akan melaksanakan hukum hudud mengikut perlembagaan negara ini.

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.

“Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga.

“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah, tegas Datuk Harun Taib.

“Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju.


Susulan daripada kenyataan Ketua Dewan Ulama DAP itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw menegaskan DAP tidak pernah mengiktiraf mahupun bersetuju dengan PAS mengenai pelaksanaan Hukum Hudud sebaliknya hanya menerima kedudukan Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Menurut Dr. Tan Seng Giaw, DAP hanya bersetuju dengan PAS berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".

Jika dahulu PKR yang kaki pembelit, tetapi kini PAS yang kononnya memperjuangkan Islam pula yang kaki pembelit dan kaki pembohong kepada rakyat Malaysia. Malah, DAP pun turut terkena sama oleh sikap pembohong PAS.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 16, 2012 at 11:13 PM

Kan ulama pas ni buta dan pekak,dap kata tak ada hudud.Mereka kata dap setuju.

Anonymous
November 17, 2012 at 2:37 AM

HARUN TAIB NI SEKOR LAGI LAKNATULLAH DLM PAS YG KEJE NK KELIRUKAN LAGI UMAT ISLAM!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger