FIX DEPOSIT: PAKATAN PEMBANGKANG KIAN GUSAR



Sejak kebelakangan ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang dari Semenanjung sering datang ke Sarawak dan memberikan janji-janji manis jika berjaya menakluk Putrajaya. Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan ramai pemimpin kanan Pakatan Pembangkang datang ke Sarawak melemparkan pelbagai macam janji-janji pilihan raya dalam usaha memikat hati pengundi Sarawak.

Mereka ini ada hati nak tabur janji-janji tinggi melangit kepada rakyat Sarawak sedangkan janji-janji di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan masih banyak janji yang masih TIDAK ditunaikan. Apakah rakyat Sarawak mahu diperbodohkan sedemikian? Ambillah iktibar daripada kesengsaraan yang dihadapi rakyat Selangor dan Pulau Pinang yang kini hidup menderita akibat janji-janji palsu.

Benar kata pepatah Melayu, rumput di laman sendiri tidak terurus, tetapi ada hati nak tegur suasana rumah kita.

Terbaru, isu siapa calon Perdana Menteri di kalangan Pakatan Pembangkang kian hangat diperdebatkan. Masing-masing mahu calon pilihan mereka naik sebagai PM hingga membuatkan Anwar Ibrahim kini tersepit dan terkedu. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini walaupun tidur sebantal dan sekatil, tetapi mimpi lain-lain. Yang lebih membingunkan mereka ialah ramai di kalangan pemimpin dan ahli mereka sendiri yang tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM.

Salah satu tindakan Pakatan Pembangkang yang tidak profesional ialah apabila mengambil bulat-bulat kenyataan daripada orang luar berhubung apa yang berlaku dalam negeri sendiri. Misalnya, pembangkang mengambil kajian yang dilakukan orang luar dengan mengatakan hutan di negeri Sarawak sudah botak sebanyak 90 peratus. Apakah mereka tidak pernah naik kapal terbang atau helikopter untuk meninjau keadaan hutan di Sarawak? Ini tidak main hentam saja tanpa sebarang pembuktian dan hanya bersandarkan kepada pendapat orang luar.

Sebaliknya laporan International Tropical Timber Organization (ITTO) menjelaskan Sarawak meruapakan negeri terbaik dari segi pengurusan dan pemeliharaan hutan yang terancang.

Sekali lagi kelibat Pakatan Pembangng yang cuba mengelirukan rakyat Sarawak tanpa sebarang pembuktian. Hanya menggunakan sidang DUN Sarawak untuk menghentam Kerajaan yang sememangnya menjadi amalan mereka sejak dahulu kala. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 25, 2012 at 2:13 PM

PKR, DAP dan juga PAS,
Naik sampan hendak ke seberang;
Apa diharap pembangkang tentunya melepas,
Anak Sarawak tak dapat ditemberang.

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Perahu sampan dayung ke tepi;
Kita tolak calon Pak Rempit (PR),
Baru harapan menjadi realiti.

BN bah!

Anonymous
November 25, 2012 at 3:13 PM

Sayang Sarawak sungainya sempit
Kita tolak calon Pak Rempit
Marahkan Pak Lah akhirnya kami yg sakit
Undi protes dulu , kini hidup kami yg tersepit..

Sayang Sarawak negerinya damai
Tempat orang berjual beli
Ikot kata hati negeri tergadai
Percaya pada janji yg mrk taburi..

Sayang Sarawak negeri yang indah
Sungainya dalam banyak ikan
Selangor yg indah kini musnah
Rakyat diketepikn ,kroni di utamakan

Lagu kegemaran Sayang Sarawak
Lagu dimainkn di kedaikedai
Pakatan Rakyat adalah perompak
Krn mrk SELANGORku tergadai...

Sahabat2ku di Sarawak...jgn ikot spt kami...
Dari kami Rakyat Selangor....

Anonymous
November 25, 2012 at 7:25 PM

��..Terima kasieeh bro!

November 25, 2012 at 8:58 PM

Terima Kasih bro-bro...

Ini memberikan kami rakyat Sarawak untuk terus bersama BN dan menolak Pakatan Pembangkang yang hanya tabur janji kosong

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger