BNBBC SARAWAK SEDIA HADAPI PEMBANGKANG DALAM SIDANG DUN SARAWAK KE-17



Persidangan DUN Sarawak kali ini akan lebih hangat daripada biasa memandangkan topik utama yang akan diperdebatkan ialah mengenai Bajet 2013 Sarawak. Jika sebelum ini, rakyat sudah mengetahui Bajet 2013 di peringkat Persekutuan yang mana kebanyakan Bajet 2013 meliputi semua golongan dan dikhususkan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai agen kerajaan, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak akan lebih lantang bersuara pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini. Menurut, Pengerusi BNBBC YB Abdullah Saidol, pihaknya bukan sahaja akan bertegas mengenai isu di ka­wasan masing-masing tetapi juga mengenai kepentingan serta masa depan negara.

“Kami BNBBC Sarawak telah diperingatkan oleh Ketua Menteri Sarawak untuk sentiasa mematuhi peraturan persidangan serta tidak takut untuk menyuarakan kehendak pembangunan di kawasan masing-masing.

“Pada masa yang sama, BNBBC Sarawak juga bersedia untuk berdepan dengan kerenah pembangkang yang sentiasa bising tetapi tiada keikhlasan dalam soal kepentingan rakyat.

Seperti biasa, agenda pembangkang cuma mahukan populariti politik dan berkuasa. Mereka mahu apa yang diungkapkan mereka akan dimuatkan dalam media. Dan, jika berasakan perlu lebih penjelasan, pembangkang akan mengadakan sidang media sendiri sebaik saja sidang berhenti rehat.

Dijangkakan sebanyak 335 soalan akan dikemukakan sepanjang berlangsungnya mesyuarat selama lapan hari ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger