BLOGGERS ANAK SARAWAK™ BAGI PENJELASAN KEPADA AMK PKR SARAWAK ISU CERAMAH UMUM PUSTAKA NEGERI SARAWAK



Kejayaan Bloggers Anak Sarawak™ membongkarkan bagaimana ‘bijak’nya pemimpin PKR Sarawak menggunakan pendekatan ilmiah untuk mendampingi rakyat menjelang PRU-13 ini telah mendapat reaksi positif daripada pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak. Kepekaan blogger Wira Kenyalang™ dan UnReportedNews™® dalam isu ini telah berjaya menidakkan PKR Sarawak itu melancarkan propaganda khususnya kepada audien yang mana kebanyakannya merupakan kakitangan kerajaan.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ketika ini bukan masalah ilmu  seperti mana yang diperkatakan pegawai Pustaka Negeri Sarawak, Razak Rambili dalam akaun facebooknya tetapi masalah perbezaan politik. Mungkin pegawai Pustaka Negeri Sarawak itu hanya melihat dalam konteks perpustakaan sahaja, tetapi tidak bagi Wira Kenyalang™ yang mana selama ini mengikuti perkembangan politik Sarawak dan sentiasa mengikuti ceramah-ceramah politik Arip Ameran dan ketuanya Nazib Ahmad.


Jika nak tahu siapa Arip Ameran dan Nazib Ahmad secara langsung penglibatannya dalam politik Sarawak, layarilah rakan-rakan Bloggers Anak Sarawak™ dalam artikel-artikel sebelum ini.

Jika Anwar Ibrahim datang ke Kuching dan menyampaikan ceramah, intipati ucapan dan bahan fitnah semuanya dirangka AMK PKR Sarawak. Fokusnya dengan memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik ke atas pemimpin-pemimpin Kerajan Negeri Sarawak termasuk Ketua Menteri Sarawak. Tapi, Pustaka Negeri Sarawak pula yang menjemput mereka ini untuk berceramah di Pustaka Negeri Sarawak yang merupakan milik Kerajaan Negeri Sarawak.


Sejak menang PRU 2008, negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah TIDAK membenarkan TADIKA untuk beroperasi di Dewan Masyarakat dan Dewan Serbaguna atas alasan itu hak Kerajaan Negeri. Sedangkan TADIKA itu hanya untuk memberikan ilmu kepada anak-anak. Apakah bezanya dengan situasi yang dialmi Pustaka Negeri Sarawak? Lebih kejam lagi, pagar dewan telah dikunci hingga mengakibatkan anak-anak terpaksa bersekolah di luar dewan.

Kenyataan di atas adalah untuk menjelaskan tentang artikel terbaru blogger UnReportedNews™® bertajuk KETUA AMK SARAWAK "MENASIHATI" UnReportedNews™®? Terima kasih kepada AMK Sarawak,  Nazib Ahmad dan Arip Ameran kerana sudi membaca blog-blog di Bloggers Anak Sarawak. Kami akan terus membongkarkan kejahilan PKR Sarawak termasuk Pakatan Pembangkang menjelang PRU-13 akan datang ini dengan bersandarkan fakta dan kebenaran dan bukannya fitnah seperti yang diamalkan Nazib Ahmad dan Arip Ameran dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Mohon dibaca artikel terbaru UnReportedNews™® yang mendedahkan situasi perdebatan kecil sewaktu Protes Aman Free Gaza Free Palestin di Masjid Jamek, Kuching semalam selepas solat Jumaat. Pada ketika itu juga, Nazib Ahmad dan Arip Ameran bersama pemimpin PKR Sarawak yang lain turut juga bergambar dengan sepanduk anti-Israel.


Ni dier cerita seperti mana yang aku janjikan dalam posting aku yang sebelum ini..

Siang tadi, aku, sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa program "Free Gaza Free Palestine" yang dilantik telah membantu program tersebut di Masjid Jameq, Petra Jaya Kuching Sarawak selapas solat Jumaat.

Didalam kesibukan tersebut, tiba-tiba kelibat ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari yang berdiri di sebelah Bendahari AMK Sarawak Arip Ameran melambai kepada aku, so secara gentlemen aku menghampiri mereka.

Tanpa memperkenalkan diri, mereka bertanya samaada aku adalah penulis blog UnReportedNews™® so aku mengiyakan (Alaaa...dah terang-terang muka aku kat dalam blog ni..Mengapa? Tak percaya ker?)

"You tulis blog tu kan? What's your problem about penceramah PKR di Pustaka Negeri Sarawak?," (klik sini, sini dan sini) itu soalan pertama Nazib kepada aku dan terus mengambil gambar muka aku dengan talipon bimbitnya. (nak saiko lah tu...aku sempat senyum, betul tak Tuan Nazib?)

Aku cuba menerangkan; Pustaka Negeri Sarawak itu di bawah naungan Kerajaan Negeri so memanglah agak "janggal" sekiranya penceramah pembangkang yang memberi ceramah pada sesuatu majlis kelolaan mereka. (Betul tak Tuan Nazib?)

"Aihh..you mesti paham itu ceramah ilmiah bukannya ceramah politik, you kena bezakan ilmiah dan politik..bla, bla, bla..jangan nak mengfitnah orang (Arip), attack secara personal...bla, bla, bla..memanggil orang dengan nama Si Tangganglah...bla, bla, bla," jawab Nazib. (Betul tak Tuan Nazib?)

"Kita ni (BN dan PKR) tengah "berperang".." belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku dipotong oleh Nazib yang berkata, "Itu lah mentaliti orang Sarawak ni, tak macam di Semenanjung..bla,bla, bla." (Betul tak Tuan Nazib?)

"You tahu tak di Astro dan Awani, mereka juga menjemput pembangkang sebagai penceramah...bla,bla, bla," tambahnya lagi. (Betul tak Tuan Nazib?)

Dipendekkan cerita, pastu aku hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar. (Betul tak Tuan Nazib?) Hanya kerana dua sebab; satu- Bukannya kapasiti aku nak berdebat dengan mereka berdua (Peguam beb!! Aku hanya blogger jalanan) dan dua-Aku percayai  perbualan kami sedang di rakamkan!!

Tuan Nazib tentu sudah maklum sendiri di mana ceramah AGAMA (apatah lagi ceramah umum seperti yang CUBA dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak tu) di negeri-negeri taklukkan pembangkang cenderung menyelitkan sentimen-sentimen politik kan?

Jadi sebelum benda yang sama TERjadi di sini, sebab itulah aku dan rakan-rakan aku cuba memperbetulkan apa yang kami rasa tidak betul untuk mengelakkan ianya terjadi.

Mengenai fitnah pula, Tuan Nazib sememangnya pernah membaca isu SCORPENE, ALTANYUYA dan pelbagai lagi fitnah yang dicipta oleh blogger-blogger pembangkang di Semenanjung. Alhamdullillah kami mempunyai mentaliti yang tidak sama seperti mereka sebagaimana yang Tuan Nazib nyatakan..kalau tidak..entah apa yang terjadi.

Memanggil nama (Tanggang)? Bukan aku yang cakap, orang-orang di Kampung Sambir yang cakap!!

Tuan Nazib, seorang yang berpendidikan tinggi seharus juga dapat membezakan di antara Astro atau Awani iaitu pihak swasta sementara Pustaka Negeri Sarawak adalah sebaliknya.

Jadi sebelum nak "menasihati" aku lain kali, fikir-fikirkan dulu apa yang nak di cakap ye..Salam and peace...

PS: Menurut sumber, ceramah tersebut, biarpun telah digantikan dengan penceramah lain telah dibatalkan kerana di beritahu sekumpulan AMK Sarawak telah merancang untuk pergi ke Pustaka Negeri Sarawak walaupun telah dimaklumkan penceramah PKR telah ditukarkan. (Betul tak Tuan Nazib?)
  

Nilaikan sendiri betapa ‘bijaknya’ peguam-peguam syarie terbitan AMK PKR Sarawak dalam menangani isu politik. Disarankan mereka berdua ini kena belajar lagi tentang ‘fakta’ jangan asyik ingat fitnah dan pegawai Pustaka Negeri Sarawak itu pula kena ambil kursus Sains Politik.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
November 24, 2012 at 8:45 AM

You did the right thing, bro! Syabas! Anda mempunyai hati yang besar untuk Sarawak. Sayang Sarawak. Mereka hanya nak mencari apa-apa boleh dipanjat untuk naik ke atas. Mereka tidak kira lagi tentang masa depan anak-anak Sarawak. Yang mereka kira adalah masa depan diri meteka berwadahkan politik pembangkang. You are not small brother! You are great! Siapa kata lawyer yang belajar dengan tajaan atau pinjaman duit kerajaan; balik-balik dah graduate - lawan kerajaan, semata-mata nak jadi somebody... orang yang macam ni nak dihormati? Yang kita boleh kita hormati ialah mereka yang berintegriti serta akhlaknya tinggi. Selamat berjuang demi Sayang Sarawak.

November 24, 2012 at 9:51 AM

Hahaha..terbaeeekkk WK..kita tunggu response dari AMK Sarawak lepas ni..

November 24, 2012 at 10:11 AM

Terima kasih tuan

Anonymous
November 24, 2012 at 9:10 PM

Tahniah bro... Berani kerana benar. Sekurang-kurangnya tindakan membongkar tindakan segelintir individu yg jahil atau naif menyelamatkan umat negeri sarawak dari ilmuan songsang serta derhaka pada tanah air tercinta..

September 2, 2016 at 11:50 PM

NURHAYATI TKW DI MALAYSIA

====================================

Lewat internet ini saya mengutarakan
ucapan terima kasih saya kepada MBAH DEWA
yang telah membantu kehidupan keluarga saya
dulunya saya Cuma seorang buruh kasar yang
bekerja di salah satu kebun kelapa sawit
milik : tuan H. BADRUN
di daerah malaysia penghasilan saya
perhari Cuma 55ribu rupiah,hanya pas pasan
untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya
Alhamdulillah sekarang Sejak saya bergabung
jadi member_ MBAH DEWA BHARATA_
dan ini. Kemenangan saya yg Ke 3X
Kemarin Di kasih lagi.4D togel malaysia benar-benar tembus...
impian saya selama ini sudah jadi kenyataan.
Alhamdulillah Kehidupan keluarga saya pun
jauh lebih baik dari pada sebelumnya.
Buat saudara bapak/ibu yang ingin mendapatkan
REJEKI melalui jalan TOGEL..atau yg sdh bosan dgn kemiskinan
Hub: MBAH DEWA BHARATA Di:( 082 316 555 388- )
atau Klik Situs resmi kami. di bawah ini.....

KLIK-> BOCORAN TOGEL HARI INI


di jamin anda akan bahagia dengan keluarga
yang punya rumah salam jackpot & damai selalu

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger