BAJET 2013 SARAWAK UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT SARAWAK



“Malahan jika dibandingkan dengan tahun 2012, kita menambah sedikit peruntukan ke dalam Bajet tahun ini (2013) untuk melakukan pembangunan secara menyeluruh”, kata Datuk Amar Haji Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PBB.
                                         
Sidang DUN Sarawak yang secara rasminya telah dimulakan pagi tadi dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Kandungan Bajet 2013 yang dibentangkan ini disifatkan bajet yang baik kerana memberikan tumpuan penuh terhadap sektor pembangunan. Daripada jumlah keseluruhan bajet Sarawak, lebih 70 peratus telah diperuntukan kepada pelaksanaan kemudahan awam bagi memastikan rakyat jelata terus hidup selesa dengan kehidupan masing-masing.

Sepanjang DUN Sarawak bersidang, ahli-ahli DUN Sarawak akan membahas dan membincangkan secara detail Bajet 2013 untuk Sarawak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger