BAGUS SANGATKAH PAS HINGGA MENDOAKAN KEHANCURAN UMNO BN



Kata memperjuangkan Islam, tetapi dalam masa yang sama mahu menghancurkan pemimpin dan umat sesama Islam. Inilah dia perbuatan dan tingkahlaku pemimpin PAS yang hanya mementingkan politik berbanding perpaduan sesama Islam.

Pemimpin PAS sebelum itu telah berdoa kepada Allah SWT supaya menjahamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah SWT memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena Muktamar PAS Ke-58 di Stadium Sultan Muhamad IV, malam semalam.

Inilah bacaan doa sebagaimana yang dibacakan Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat. "Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Lebih mendukacitakan dan hilang rasa hormat, apabila adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, iaitu Nik Razi Nik Mat yang mengetuai bacaan doa itu. Ini sekaligus mencerminkan bagaimana sikap dan sifat sebenar pemimpin PAS terhadap pemimpin sesama Islam seperti UMNO dan BN yang selama ini berjuang demi kemakmuran negara dan kepentingan Islam.

Maksum sangatkah pemimpin PAS hingga sanggup mendoakan kehancuran kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO dan BN. Apakah Allah S.W.T akan memakbulkan doa-doa pemimpin PAS yang kini telah sangat terlanjur daripada landasan dan perjuangan sebenar parti itu.

Umum mengetahui, pemimpin UMNO dan BN yang selama ini banyak memperjuangkan syiar Islam di Malaysia. Manakala, PAS yang meletakkan nama Islam di pangkal nama parti itu hanya bertindak memperalatkan agama demi kepentingan dan nafsu serakah politik mereka. Inilah yang dimahukan pemimpin DAP yang mana gembira melihat masyarakat Islam di Malaysia berpecah hanya disebabkan nafsu politik.

Di sebalik doa yang dibaca itu, ramai di kalangan media-media dan ahli-ahli PAS sendiri yang terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat itu. Akibatnya ramai di kalangan media dan ahli-ahli PAS tidak mengaminkan doa dan menurunkan tangan tanda protes disebabkan kandungan doa itu seumpama memusuhi umat Islam yang juga rakan seagama.
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

November 18, 2012 at 10:35 PM

Dalam Al-Quran pun ada sebut (surah Al-Imran ayat 133 - 134)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang MENAHAN KEMARAHANNAY, dan orang-orang yang MEMAAFKAN KESALAHAN orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

ada lagi (surah An-Nisa' ayat 149)
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu MEMAAFKAN KESALAHAN (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

x kan nk kata x caya Al-Quran kot...

Anonymous
November 18, 2012 at 10:44 PM

Alangkah lebih baik PAS mendoakan kesejahteraan rakyat Palestine dan kehancuran Rejim Israel berbanding berdoa kehancuran sesama Islam di Malaysia.

Bangang punya PAS, sebab itu Allah SWT tidak makbulkan doa PAS sebelum ini untuk menang pilihan raya

November 18, 2012 at 11:25 PM

Bloger lidah syaitan politik sebahagian dari ugama apa yg d perjuangkan ahli pas adalah ibadah doa menghancurkan parti lawan semesti la takan nak doa kebahagian umno kot pas lwn umno gila pa

Anonymous
November 19, 2012 at 2:19 AM

Adakah kerana taksub kmu tak tahu berfikir dengan waras.kenapa tidak kamu berdoa supaya ahli umno membuka hati menerima pas dan hukum hudud atau mendoakan agar orang umno mengingatkan dosa dan pahala?salahkah didoakqn sebegitu daripada mendoakan kemusnahan umat seagama??bagaimana pula jika sekiranya umno dan ahlinya membalas perbuatan pas adakah kamu suka?? Padahal yang menindas rakyat kelantan adalah pemimpin pas sendiri,Allah tidak buta dan maha mengetahui..

Anonymous
November 19, 2012 at 10:58 AM

GILA KUASA AGAMA MENJADI MAINAN. SESUNGGUHNYA PAS TELAH MENDOAKAN KEHANCURAN MEREKA SENDIRI.. MEREKA TIDAK SEDAR MEREKA TELAH MEMBUKA JALAN KEMENANGAN KEPADA UMNO BN,.. RAKYAT TIDAK TERPIKAT DENGAN DOA ITU, MALAH RAKYAT SEMAKIN TAKUT. BELUM LAGI MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN SUDAH PUN MENDOAKAN KEHANCURAN ORG LAIN. INI KAH YANG DIGELAR PEMIMPIN? ... NAJIB HANYA TERSENYUM..

Anonymous
November 21, 2012 at 9:43 PM

Isu ini sengaja dibesar2kan oleh Puak UMNO...untuk mng PRU...tiada salah untuk mndoakan kejatuhan pucuk kpimpinan yang zalim...yg x mahu mnegakkn hukum ALLAH di muka bumi ini...pihak kerajaan sngaja mmperbesarkn isu ini...fitnah smakin berleluasa...semoga hukum ALLAH tertegak di muka bumi dgn segera... Pihak yg mnghalang drpd trlaksana hukum ALLAH patut diperangi...dan ciri2 pihak itu ade pd UMNO...

Anonymous
March 11, 2013 at 3:20 PM

Kalau UMNO tu betul, apsal takut, bodoh betul

May 3, 2013 at 12:37 AM

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger