AZIZAN RAZAK TIDAK SETUJU ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI



Menang dahulu baru fikir soal siapa layak jadi Perdana Menteri. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, keutamaan masa kini ialah memastikan kemenangan Pakatan Pembangkang menawan Putrajaya dan membentuk Kerajaan Pusat  untuk memastikan semua agenda yang dirancang menjadi kenyataan.

"Biar menang dulu, baru kita bincang siapa yang layak jadi PM. Kenapa perlu bangkitkan perkara yang tidak menjadi kenyataan atau keutamaan.

Jika Anwar berasakan dirinya layak menjadi calon Perdana Menteri kenapa perlu mengelabah jika PAS juga mahu Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri? Sambil menegaskan, parti yang menang majoriti biarlah mereka yang pilih calon untuk menjadi PM.

Azizan berkata, senario politik di Kedah boleh menjadi contoh untuk membentuk kerajaan atau kepimpinan negeri apabila parti yang menang majoriti diberi hak membentuk Kerajaan Negeri.

"Dalam pilihan raya umum 2008, PAS menang 16 kerusi di Kedah manakala PKR mendapat lima kerusi (sekarang tinggal tiga) dan satu kerusi DAP. Tiada siapa pun yang berebut-rebut untuk lantik Menteri Besar kerana ia adalah kuasa atau hak kepada parti yang dapat banyak kerusi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, yang menyebut akan menyokong pelantikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, seorang perwakilan Dewan Ulama Pas dan Dewan Muslimat mencadangkan agar presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi Perdana Menteri.

Jumaat lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu berkata, PR bersetuju untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika PR membentuk Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, ahli PAS tidak bersetuju apabila kebanyakan perwakilan yang berucap pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Kota Bharu beberapa hari lalu, membantah cadangan itu sebaliknya mencadangkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon yang sesuai.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 22, 2012 at 2:18 AM

Ini memang cara depa: Biar berlaku dahulu lepas tu baru uruskan. Fireman's approach. Sebab itu negeri dan agensi yang ditakbir berserabut. Mentaliti beginikah yang nak kita pilih memerintah negeri Sarawak? Tidak! Kita pilih BN - confirmed beb!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger