APAKAH PAKATAN PEMBANGKANG AKAN TERIMA KEKALAHAN PRU-13?



Jika PRU-13 berjalan lancar dan telus, tetapi Pakatan Pembangkang kalah, apakah Pakatan Pembangkang akan menerima kekalahan dengan perasaan terbuka? Inilah yang menjadi persoalan sekarang menjelang PRU-13. Ini memandangkan kini semakin hampir PRU-13 maka semakin banyak perhimpunan dan demontrasi haram seperti mana yang dianjurkan Pakatan Pembangkang ketika ini.

Adalah tidak mustahil perhimpunan mahupun demontrasi haram akan berterusan selepas pilihan raya lebih-lebih lagi kekalahan yang akan dihadapi PRU-13. Untuk itu, wajarlah mana-mana pihak harus menerima kesan pertandingan politik PRU-13 yang dijangka sengit dengan hati terbuka. Dinasihatkan menerima kenyataan dan dinasihatkan tidak membuat provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Dengan mewujudkan keadaan tidak selesa itu, katanya, dibimbangi penyokong-penyokong yang terlalu taksub akan bangkit menimbulkan kekacauan kerana menganggap keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

“Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka dan akan membuat demonstrasi. Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku. Inilah dia puak-puak yang tidak mahu menerima kenyataan.

Mengulas mengenai taktik penyokong pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau berkata, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demonstrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar Ibrahim dan merealiasikan impian menjadi Perdana Menteri.


“Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi. Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi, tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpunan Hijau,” katanya.

Katanya, jika perkara ini berlarutan, maka konflik antara pemenang dan yang kalah akan berterusan, malah kemungkinan ada pihak mengambil peluang menggunakan ketidakpuasan ini untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah.

Sehingga kini, Pakatan Pembangkang masih tidak mahu mengiktiraf kemenangan BN dalam PRU 2008 walaupun kerusi Pakatan Pembangkang telah bertambah dengan mendadak. Akibatnya, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam huru-hara akibat perbuatan Pakatan Pembangkang yang masih belum berpjak di bumi yang nyata. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 28, 2012 at 3:01 PM

Anwar PKR kalah nanti jadi pensyarah universiti di Amerika sambil-sambil boleh main dengan 'anak-anak ikan' di sana.

Hadi PAS kalah boleh jadi nelayan, boleh tangkap ikan sambil-sambil cuba teroka minyak di laut dalam dan jadi khadam.

DAP kalah atau menang tetap sebati dan selamanya memusuhi Melayu, Islam dan Raja.

Anonymous
November 29, 2012 at 9:16 AM

Staus quo 'pembangkang' DSAI bukan sesuatu yang dia pilih atau terjadi kerana kekalahannya dalam se sebuah pilihan raya.

DSAI IS A FALLEN ANGLE.

Episod inilah yang mentransformasikan dia ke status quo seorang pembangkang tegar.

Senario pra-transformadi DSAI: Segala-galanya telah disusun-atur dengan rapi. Dia telah dianggap seperti 'anak' kepada PM kita pada waktu itu. DSAI sungguh-sungguh dipercayai. Dengan keyakinan yang amat tinggi.

His political disciples were ready to receive and facilitate the hand over. Bahkan DSAI telah diberi beberapa bulan memangku Premiership Malaysia. Duduk di kursi 'kuasa' dan 'pengaruh'. Pada masa itu nama Malaysia telah menjadi begitu harum sekali di dalam negara mahupun di pesada Dunia - hasil kegigihan Tun Dr Mahathir. DSAI juga tumpang semangkuk kerana dia Timbalan PM.

Suddenly he was ousted! Meletup! Dan meleleh! The event was not only covered with trauma; but also shame. He was smeared in dirt and filth, unthinkable!

So, latar belakang inilah yang telah men-'psyche'-kan DSAI untuk menjadi seorang ahli pembangkang. Ahli pembangkang yang tegar lagi unik. Berlainan. Berbeza. Cukup beremosi, bertenaga.

Sistem Limbik dalam otaknya begitu ranum dan membengkak dengan emosi dendam kasumat. This is the emotion that has propelled DSAI unsurpassed. And he's targeting big! Dendam ini tidak cukup dituju kepada individu tertentu sahaja; yang dimahunya adalah untuk menelingkupkan bahtera UMNO/BN sekali! Alang-alang menyelok pekasam...

Itu pun belum cukup. Selepas menelingkupkan bahtera UMNO/BN, DSAI mahu belayar balik - masuk ke muara politik Malaysia in style. Semua ini dia mahu capaikan dengan apa jua upaya yang ada pada dirinya, dan jika perlu, melalui sesiapa yang bersimpati, mahu membantu dan mereka yang boleh dimanipulasikannya.

Oleh itu, susah kita nak kata ada kah noktah dalam 'perjuangan' DSAI ini. Kekalahan hanyalah satu cabaran baginya. The fight must go on. Tiada noktah dalam ruang mahu pun masa baginya... Hingga ke hujung kudrat atau hayat. Dan, besar kemungkinan juga yang perjuangan ini akan diwarisi oleh zuriatnya sekali!

Oleh kerana DSAI telah diterima menjadi core player dalam neo-pembangkang di Malaysia ini, maka kesediaan mereka untuk mengendur, apatahlagi berundur dalam apa jua keadaan payah hendak diterka. Selagi DSAI tidak mencapai apa yang dia idamkan...

PAS dan DAP hanya menokok tambah. Riding on the immortal sentiment of DSAI. Seolah-olah seperti sebuah gunung berapi yang laharnya sentiasa menggelegak.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger