ABDULLAH SAIDOL: POLITIK PEMBANGUNAN MASIH RELEVAN DI SARAWAK



Sidang DUN Sarawak Ke-17 kali ini menampakkan semangatnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk berbahas dalam pembentangan Bajet 2013 dan mematahkan hujah-hujah liar ADUN Pakatan Pembangkang yang sememangnya mengambil kesempatan untuk mengeluarkan fitnah liar.

Tegas ADUN N.36 Semop, Abdullah Haji Saidol Barisan Nasional (BN) Sarawak sedaya upaya akan membangunkan negeri ini mengikut acuan sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk Pakatan Pembangkang. Ini disebabkan, politik pembangkang lebih berpaksikan kepada kuasa semata-mata dan ini pasti tidak akan kekal lama jika tidak digunakan ke arah kesejahteraan.

Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, memberitahu kerajaan mahu membawa Sarawak terus gemilang dalam mencapai negara maju dan dalam masa yang sama tidak mahu menggadaikan nilai budaya masyarakat di Sarawak yang berwarna-warni hanya semata-mata mengejar pembangunan. Biarlah pembangunan dan nilai budaya masyarakat ini bergerak seiringan sejajar dengan kemajuan yang dikecapi kelak.

Menjadi keutamaan kerajaan untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum di Sarawak. Atas sebab itu usaha mengekalkan nilai perpaduan serta keharmonian dalam sebuah struktur masyarakat berbilang kaum perlu dititikberatkan dan diambil perhatian dalam mengecapi keamanan.

Berbeza dengan negara lain yang kononnya maju tapi suasana masyarakatnya kucar-kacir dan huru-hara. Sebagai sebuah negeri yang luasnya hampir-hampir seluas Semenanjung Malaysia tetapi tidak mempunyai penduduk yang ramai. Ditambah pula dengan kedudukan penempatan yang berselerak di merata tempat serta dikelilingi banyak sungai dan gunung-ganang.

Melihat kepada keadaan di atas, ini merupakan satu cabaran kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan negeri ini. Namun, menjadi tanggungjawab kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat, ADUN-ADUN BN sedaya upaya memastikan pembangunan kawasan akan dititikberatkan mengikut acuan sendiri tanpa perlu tergesa-gesa khususnya di kawasan luar bandar.

Untuk mencapai negeri maju menjelang 2030, Kerajaan Negeri Sarawak tidak hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal sahaja bahkan mengambil kira pembangunan kemanusiaan. Dengan keseimbangan ini, penduduk di kawasan luar bandar juga akan berasa kenikmatan pembangunan perdana dan sekaligus menaikkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk.

Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar. Malah, menerusi Bajet 2012 dan Bajet 2013 yang akan dilaksanakan nanti, rakyat Sarawak akan berterusan dalam menikmati kerancakan pembangunan serta peningkatan taraf kehidupan yang lebih baik.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 25, 2012 at 1:57 PM

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Buah rengas lambung-lambung kan;
Dari Sarikei hingga ke Ulu Kapit,
Semua 'kan jadi macam Padungan.

Yeebba!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger