WALAUPUN DIASAK, SHUHAIMI SHAFIEI HANYA BERSIKAP BERDOLAK DALIH



Setelah DAP dan PAS bersuara dengan mempertikaikan kewibawaan PKR dalam Pakatan Pembangkang berhubung kenyataa Kabinet Bayangan, baharulah PKR bersuara. Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei pengumumannya pada malam Sabtu lepas hanya pandangan peribadi.

Kenapa setelah 4 hari berlalu, hari ni, Rabu, 3 Oktober 2012, Shuhaimi mengeluarkan kenyataan? Kenapa tidak hari Ahad atau selewat-lewatnya hari Isnin untuk membalas kenyataan Timbalan Presiden DAP dan PAS Selangor? Apakah ini satu lagi permainan politik Anwar Ibrahim dengan Shuhaimi menjadi alat politiknya setelah didesak DAP dan PAS?

Bagi menyelamatkan dirinya yang ternyata sudah tersepit dalam isu Kabinet Bayangan, Shuhaimi menyalahkan wartawan Sinar Harian dalam bertanyakan soalan demikian. Dinyatakan soalan wartawan Sinar Harian ‘siapa agaknya daripada PKR yang boleh diangkat sebagai menteri sekiranya PR menang PRU13’?

Dengan mengaku itu pandangan peribadi, Shuhaimi juga menyatakan tidak salah untuk dirinya memberikan jawapan sedemikian memandangkan PKR merupakan parti terbesar dan terkuat di kalangan parti komponen Pakatan Pembangkang.

Shuhaimi juga menegaskan bahawa seandainya 20 orang daripada PKR menteri dan timbalan sekalipun, ia adalah jumlah biasa kerana jumlah keseluruhan menteri dan timbalan termasuk di Jabatan Perdana Menteri yang ada hari ini melebihi 70 orang.

Sekiranya 20 orang itu iaitu sembilan menteri dan 11 timbalan menteri daripada PKR sekalipun. Itu masih lagi boleh demand. Jumlah itu bukan terlalu tinggi, munasabah, malah boleh dipertimbangkan. Oleh itu, PKR wajar seharusnya mendapat lebih jawatan berbanding 20 yang dinyatakan sebelum ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger