TIADA PEMIMPIN PAS YANG LAYAK GANTI SAYA – NIK AZIZ


Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam PAS yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am.

Sumber dalaman PAS berkata, walaupun Nik Abdul Aziz yakin bahawa terdapat beberapa calon yang layak menggantikannya bagi menjawat jawatan Menteri Besar, namun beliau melihat sebaliknya bagi jawatan Mursyidul Am.

Menurut sumber itu, Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan barisan pimpinan PAS Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan sebelum beliau berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

"Dalam ucapan dalam satu majlis di Putik di hadapan pimpinan PAS Kelantan selepas PRU-12 dan sebelum beliau menunaikan umrah, Nik Abdul Aziz berkata, beliau melihat tidak ada siapa dalam Pas yang layak untuk menggantikan beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

Jika beliau meninggal dunia nanti, jawatan itu akan turut dibawa ke liang lahat bersama dengan jasadnya. Dan, PAS akan memikirkan semula jawatan baru bagi menggantikan jawatan Mursyidul Am PAS.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 17, 2012 at 10:37 PM

Tiada siapa yg dapat menandingi kebodohan dan kenyanyukan nik ajis.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger