RIWAYAT KHALID IBRAHIM SUDAH BERAKHIR



Menang atau kalah, Khalid Ibrahim tidak akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, tegas Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Umum mengetahui hubungan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim renggang sejak sekian lama apabila timbul desas-desus Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar.

Hari ini, Azmin Ali menegaskan Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Selangor akibat daripada keputusan gabungan bersama DAP, PAS dan PKR. Ini disebabkan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor pada penggal ke-12 ini tidak berjaya memuaskan rakyat Selangor.

Selain banyak janji yang tidak ditepati dan dibohongi, Khalid Ibrahim juga tidak dapat mengubah nasib rakyat Selangor seperti mana manisfesto Pakatan Pembangkang Selangor pada PRU-12.

Siapa yang akan memegang jawatan Menteri Besar Selangor jika Pakatan Pembangkang berjaya mempertahankan Selangor? Melihat kepada potensi pemimpin Pakatan Pembangkang, Azmin Ali merupakan calon pengganti. Sebabnya selain jawatan yang diidamkan sebelum ini, populariti Azmin Ali di Selangor kian meningkat berbanding Khalid Ibrahim akibat menjadi si Tanggang Derhaka Moden pada abad ini.


Difahamkan juga kedua-dua pemimpin PKR itu, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim masih mempunyai dendam tersendiri walaupun di hadapan rakyat dan wartawan kelihatan mesra. Itu semua sudah dirancang dan skrip lakonan itu ditulis Anwar Ibrahim. Ramai mengetahui Azmin Ali merupakan anak emas Anwar Ibrahim dan bercadang akan menyerahkan tampuk pemerintahan kuasa Pembangkang kepadanya jika beliau meninggal dunia.

Pun begitu, rakyat Selangor dan Malaysia keseluruhannya masih ingat bagaimana ‘aiskrim’ Azmin Ali yang pernah ditayangkan kepada umum pada awal tahun ini menjadi kegilaan ramai wanita khususnya GRO warga asing. Atas sebab itu, Azmin Ali memberikan lampu hijau kepada Ronnie Liu dari DAP untuk menambah lagi kelab malam dan rumah urut di Selangor. Pulangannya tetap lumayan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 3, 2012 at 11:24 PM

TAK PAYAHLAH BERANGAN NK PERINTAH LAGI WOI PKR..NGKORANG NIE MMG PANDAI PSAIKO RAKYAT,DH TAHU NAK TUMBANG, BAGI STATEMNT MCM GITU...MMG BANGSAT LAH NGKORANG PKR,MENYESAL SEUMUR HIDUP AKU PANGKAT NGKORG PRU 12 ARI TU...MEMANG BANGSATTTTTTTTTTTTTTTT MELAYU NGKORG

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger