PAS ‘WARNING’ PKR JANGAN KELUARKAN KENYATAAN PERIBADI



Pemimpin PKR banyak mengundang masalah kepada Pakatan Pembangkang. Itulah hakikatnya dan yang sedang berlaku ketika ini dalam Pakatan Pembagkang. Ini merujuka kepada kenyataan Shuhaimi Shafiei dan Azmin Ali.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

Jika sebelum ini Azmin Ali meminta Tian Chua untuk tidak memberikan kenyataan peribadi berhubung Jet Peribadi, kini ancaman itu terkena kepada batang hidung sendiri.

PAS yang semakin bersemangat menakluk Putrajaya mengingatkan PKR agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama perikatan tersebut. Warning ini juga dikhususkan kepada DAP yang kini dilihat aktif dalam mencari permasalahan seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Jangan disebabkan kamu pemimpin tertinggi PKR dan DAP, maka boleh dibuat sesuka hati?

Selain berasa kesal dan marah, Mustafa Ali meminta kedua-dua pemimpin PKR itu memohon maaf kepada PAS. Kenyataan kedua-dua mereka itu telah disalahertikan dan memberikan implikasi negatif terhadap Pakatan Pembangkang secara keseluruhan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger