PAS DAN DAP ‘PENAKUT’ PKR BERANI PULAK



PAS dan DAP tidak berhasrat mengikut rentak BN untuk mengumumkan calon lebih awal, iaitu 2 minggu sebelum PRU-13. Masing-masing mempunyai strategi dan pendekatan berbeza untuk memenangi pilihan raya dan Pakatan Pembangkang mempunyai strategi berlainan.

Berbeza dengan PKR yang telah mengumumkan calon mereka lebih awal sejak beberapa bulan lalu. Alasan mereka ialah mahu rakyat mengenali calon mereka supya mudah mereka menabur janji dan bekerja untuk rakyat. Dalam masa yang sama mudah juga untuk calon PKR itu menangkis janji-janji Pakatan Pembangkang yang tidak terlaksana sebelum ini biarpun masih banyak janji-janji yang belum ditunaikan.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menjelaskan PAS lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak mengumumkan calon mereka lebih awal kepada media dan rakyat. Bagaimanapun, calon-calon PAS yang terpilih sudahpun mula bergerak di kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi PAS.

Berbeza dengan kes Salahuddin Ayub yang telah diumumkan akan bertanding di Johor. Ini kerana Salahuddin Ayub bertukar kawasan yang akan ditandinginya kerana takut kalah. Dalam masa yang sama juga mahu rakyat Johor mengenali Salahudin Ayub yang selama ini lebih banyak berpolitik berbanding membantu rakyat.

PRU-13 kali ini adalah yang paling getir dihadapi Pakatan Pembangkang yang berhajat mahu merampas Putrajaya dari BN. Oleh itu, mereka tidak mahu terpedaya dengan helah dan perbuatan BN yang mahu melihat Pakatan Pembangkang tersungkur lebur dek kerana kuasa rakyat.

Pandangan Mustafa Ali itu dipersetujui rakan sejawatnya daripada DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan DAP tidak akan mengambil langkah sama seperti BN. Jika terlalu awal nescaya calon DAP akan disabotaj BN yang sekarang ini mahu menjatuhkan Pakatan Pembangkang dengan maksimum.

Berbeza dengan kedua-dua pemimpin PAS dan DAP, pemimpin muda PKR, Rafizi Ramli menyifatkan cadangan BN itu sebagai dalam keadaan tertekan sehingga terpaksa mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal.

Harus diingat bahawa PKR telah mengumumkan calon mereka lebih awal sejak beberapa bulan dahulu. Apakah PKR sebenarnya lebih tertekan? Rafizi dengan bangga menyatakan dirinya merupakan calon di Parlimen Pandan pada PRU-13 akan datang. Alasannya, dengan pengumuman lebih awal rakyat akan dapat mengenali calon PKR lebih awal.

Nampaknya, PKR lebih banyak tekanan kerana selain mempunyai calon paling ramai, calon PKR juga paling ramai yang kalah dan kecundang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger