PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK KENAL GEORGE SOROS?



“Undi Pakatan Pembangkang adalah undi George Soros”, itulah kenyataan tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merujuk kepada pembabitan George Soros ke dalam NGO’s Malaysia sejak sekian lama.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang kenal dengan George Soros, Spekulator Mata Wang yang telah menjahanamkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 pastinya menyokong kenyataan Tun Dr. Mahathir itu. Ini kerana pada waktu itu kemelesetan ekonomi Malaysia sangat dirasai di mana nilai mata wang Ringgit Malaysia menjunam ke paras terendah dalam sejarah.

Di sebalik itu juga, Malaysia nyaris-nyaris berhutang dengan IMF, iaitu badan kewangan antarabangsa yang berfungsi memberi pinjaman kepada negara-negara yang memerlukan pinjaman. Idea peminjaman IMF itu datangnya daripada Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, pinjaman itu bersyarat dengan mengikut polisi yang telah ditetapkan IMF.

Kegagalan dalam pinjaman IMF ada hikmahnya apabila Malaysia bukan saja tidak terikat dengan polisi tersebut malah negara-negara lain mengiktiraf kepimpinan Malaysia yang diterajui Tun Dr. Mahathir yang mengambil keputusan untuk menolak pinjaman IMF dan menetapkan nilain mata wang ringgit secara tetap dalam tempoh masa tertentu. Ternyata, keputusan itu berjaya membawa Malaysia keluar daripada kemelesatan ekonomi yang banyak menyusahkan rakyat.


Hari ini, Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim sekali lagi cuba untuk membawa masuk pengaruh George Soros tetapi dengan kaedah lain. Jika dahulunya George Soros mengucar-kacirkan Malaysia dengan menurunkan nilai ringgit, tetapi kini cuba menyesapi polisi negara supaya terbuka dan menerima kuasa asing khususnya Yahudi.

Sebelum ini, kenyataan Khalid Ibrahim yang merupakan pemimpin Pakatan Pembangkang pertama yang mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir dengan memberikan jawapan bahawa rakyat Malaysia tidak kenal dengan George Soros! Sampai bilakah Khalid Ibrahim mahu memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kenyataan itu.

Manakala, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang juga sekumpulan dengan Anwarisma menemplak kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sebagai tidak masuk akal dan menyamakan kenyataan itu setaraf dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

Tun Dr. Mahathir dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris antara lain telah memberikan komen beliau terhadap pengaruh George Soros dalam NGO’s yang menentang kerajaan seperti SUARAM dan Malaysiakini. Beliau juga menyatakan Soros membiayai pertubuhan bukan kerajaan untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Berbeza dengan hujah pemimpin kanan PAS, Salahuddin Ayub bahawa Pakatan Pembangkang tidak akan membenarkan pengkhianatan berlaku dalam negara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara. Pengaruh George Soros yang cuba diterapkan ke atas NGO’s Malaysia atas nama demokrasi sewajarnya tidak berlaku demi menjamin keharmonian negara.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula tidak menganggap pengaruh George Soros itu sebagai menghantui negara seperti mana yang didakwa Tun Dr. Mahathir. Ia lebih kepada pemikiran usang yang tidak lagi relevan untuk digunapakai dalam arena politik negara ini. Kenyataan Saifuddin itu seolah-olah sudah dirangka jawapannya seperti mana yang dikehendaki Anwar Ibrahim.

Jika PKR dan PAS lantang mengkritik kenyataan Tun Dr. Mahathir, sebaliknya Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw mengambil sikap tidak mahu ambil pusing dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu. Sebelum ini DAP dengan tegas meminta pemimpin Pakatan Pembangkang tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan bersifat peribadi.

Apa yang diungkapkan pemimpin Pakatan Pembangkang di atas tidak mencerminkan keseluruhan jawapan dan keputusan ahli-ahli parti. Ini kerana rakyat Malaysia walaupun berbeza idelogi politik, mereka tetap percaya George Soros Yahudi itu adalah musuh Malaysia.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger