PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR LEBIH BANYAK POLITIK BERBANDING MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT



Dengan isu yang tiada jalan penyelesaian serta semakin sarat dengan permasalahan terutama berkaitan janji-janji PRU-12 lepas, pemimpin Pakatan Pembangkang yang menganggotai Kerajaan Selangor dilihat lebih mementingkan politik berbanding menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Apakah peranan wakil rakyat dan Yang Berhormat yang mengaggotai Kerajaan Negeri? Nama pun ‘wakil rakyat’ jadi sememangnya mewakili rakyat untuk menyelesaikan masalah dan dan bukannya mengundang masalah.

Tiada cara lain kecuali melakukan ‘perubahan’. Perubahan ini bukan saja merangkumi pemilihan wakil rakyat, tetapi juga perubahan minda agar tidak lagi diheret ke kancah janji tidak ditepati. Cukuplah rakyat Selangor menderita akibat perlakuan pemimpin Pakatan Pembangkang yang lebih banyak membuang masa dengan mengutamakan politik berbanding nasib rakyat.

Peluang untuk berubah pastinya akan datang tidak lama lagi dalam PRU-13. Setelah terseksa sejak sekian lama di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang, kini sudah tiba masanya rakyat Selangor berfikiran bijak. Nescaya, di bawah pemerintahan BN, rakyat Selangor akan lebih baik dan terjamin masa depan mereka.

Selama tempoh pentadbiran 4 tahun oleh Pakatan Pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan PKR dan Pakatan Pembangkang. Lihat saja isu air bersih percuma yang dijanjikan pada PRU-12 kini sudah merebak dan sudah dibawa ke Mahkamah. Manakala, isu Projek Langat 2 yang diperlukan rakyat juga kini telah dipolitikkan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger