PAKATAN PEMBANGKANG BOHONGI RAKYAT MALAYSIA DALAM ISU SCORPENE



“Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh katakan ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media”.
Yves Charpenel, Pendakwa Kerajaan Perancis.

Selama ini Pakatan Pembangkang ‘menjaja’ isu Scorpene yang dikatakan sedang dibicarakan Mahkamah Perancis dalam setiap ceramahnya di seluruh Malaysia. Ternyata intipati ceramah berkenaan isu Scorpene itu hanyalah satu fitnah.

Susulan daripada beberapa dakwaan Pakatan Pembangkang di Malaysia yang mana mengatakan isu Scorpene ini sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis dengan mengaitkan nama Najib Razak. Ini berikutan aduan yang telah dikemukakan SUARAM pada tahun 2009.

Seorang pendakwa Kerajaan Perancis, Yves Charpenel telah menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002.

Menurut Yves Charpenel, rakyat Malaysia harus membezakan antara khabar angin (fitnah) dan fakta serta antara siasatan dan perbicaraan.

Yves Charpenel juga menyatakan seperti negara lain, Perancis juga mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat secara rahsia.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger