NIK AZIZ: BUBAR UMNO KEKALKAN PAS DEMI PENYATUAN MELAYU!



“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk UMNO dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika UMNO mahu berbaik dengan PAS, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar UMNO, apa kurangnya dengan Islam.

Antara PAS dan UMNO, parti manakah yang paling besar dan mempunyai keahlian yang ramai? Jika UMNO, kenapa Nik Aziz mahukan parti politik terbesar di Malaysia itu dibubarkan dan mahukan PAS menjadi pemain dalam penyatuan Melayu yang ketika ini tenat akibat perpecahan disebabkan politik.

Nik Aziz mengambil pendekatan sedemikian dengan mengambil contoh Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, tetapi tidak juga membangunan apatah lagi maju. Sepanjang pemerintahan PAS, rakyat Kelantan sangat terseksa terutama membabitkan bekalan air bersih yang ternyata gagal disediakan Kerajaan PAS Kelantan. Demikian juga dengan masalah sosial, kecurian tanah dan sumber asli seperti bijih timah, emas dan sebagainya yang langsung tidak diambil berat Kerajaan PAS. Mereka hanya tahu berpolitik dan mengutuk pemimpin BN sesama Islam mereka di hadapan rakyat Kelantan yang majoritinya Islam.

Sepanjang lebih 20 tahun PAS dan UMNO di Kelantan, Nik Aziz menjelaskan pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti PAS dan UMNO biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri Kelantan. Mana tidaknya, PAS asyik menyalah UMNO dalam setiap pembangunan yang dibawa BN dan menghasut rakyat untuk membeci Kerajaan BN biarpun sepanjang tempoh tersebut, Kerajaan Persekutuan yang banyak menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan berbanding Kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Nik Aziz juga mengakui selama ini PAS sudah terlajak dari landasan Islam dan adalah lebih baik PAS dan UMNO berbaik semula kepada Islam. Siapakah yang terlajak dan keluar daripada Islam jika tidak PAS kerana menjalinkan hubungan dengan kafir DAP yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagi ‘haram’ apabil berkawan dengan mereka yang anti-Islam.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya.

Tegas Nik Aziz lagi sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam. Hari ini, siapa yang tidak menjaga Islam dan sanggup menjual Islam demi kepentingan politik mereka sehingga sanggup bersekongkol dengan anti-Islam seperti DAP. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

SERBAN HIJAU
October 21, 2012 at 10:44 AM

Biasalah orang PAS mana sanggup mengaku kebodohan sendiri.

Tiap kali ceramah asyik dok pelekeh orang lain. Padahal sendiri yang bengong.

Ada yang cerdik pandai pun takut kat orang jahil macam Mahpus dan Mat Sabu. Bukan depa takut kat Allah swt.

Masa khutbah Jumaat bila dapat tongkat pandai pulak dok ajak melakukan kabaikan dan meninggal kemungkaran.

Tapi bila pemimpin2 depa melakukan kemungkaran tau pulak nak sembunyi.

Takkah Al Munafiqun namanya.

Sudah2lah zaman untuk kembali bertaubat dah sampai.

Anonymous
October 21, 2012 at 10:44 AM

...jawapan yg angkoh dan sombong.......

October 21, 2012 at 11:40 AM

Kenyataan orang nyanyuk , ha ha

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger