NGA KOR MING MAHU CARI PASAL DENGAN ADNAN YAAKOB



Jika kebiadapan sendiri disembunyikan dan kesalahan orang lain digembar-gempurkan, itu penakut namanya.

Itulah yang sedang dilakukan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dengan meminta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dihukum gara-gara penggunaan bahasa kesat semasa pertemuan dengan Orang Asli di Perak. Dalam hal ini, Nga Kor Ming mahu dianggap hero dalam membela nasib Orang Asli di Perak.

Tuntutan yang ditimbulkan Orang Asli itu hanyalah membabitkan tanah yang masih belum selesai, jadi beliau tidak sepatutnya menggunakan perumpamaan yang tidak sepatutnya, apatah lagi mengeluarkan perkataan kasar kepada mereka.

Apakah Nga Kor Ming sudah lupa bahawa perbuatan mereka (DAP) sebelum telah banyak mengguris hati kaum Melayu di Malaysia? Selain mempersendakan agama Islam dan mengguris perasaan kaum Melayu di mana beliau mempergunakan ayat al-Quran dalam ceramah politiknya. Juga, tanpa segan silu menolak pelaksanaan hukum hudud yang diilhamkan PAS, rakan dalam Pakatan Pembangkang.

Selain perbuatan mengguriskan hati umat Islam di Malaysia, DAP Perak juga hingga ke hari ini masih belum menyelesaikan lagi isu rasuah yang membabitkan pemberian tender semasa menjadi Kerajaan Sementara Perak selepas PRU 2008.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger