NASHARUDIN MAT ISA SEDIA DIPECAT PAS!



Karpal Singh sebelum ini tetap akan meneruskan prosiding pendakwaan saman ke atas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Manakala, Nasharudin Mat Isa pula sedang menunggu surat saman atau apa-apa surat daripada mahkamah yang dikemukakan Karpal Singh.

Kini, sudah 2 bulan selepas Nasharudin Mat Isa pulang dari Mekah bagi menjayakan pertemuan bersama Najib Razak dengan golongan ulama.

Nasharudin Mat Isa yang ditemui pemberita menjawab beliau bersedia untuk dipecat daripada PAS kerana keahlian dalam PAS hanya di dunia. Sebaliknya, pendirian bersama agama Islam adalah diutamakan biarpun PAS kini sudah jauh berubah.

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan PAS sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?

"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger