MUSA HASSAN SERTAI PAS?



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dikhabarkan akan menyertai PAS tidak lama lagi menurut beberapa sumber dalaman PAS. Bagaimanapun, empunya diri menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut sambil menyifatkan ia hanya spekulasi untuk meraih undi Melayu yang kini beralih arah kepada BN.

Jelas Musa Hassan lagi, tidak ada sebab untuk rakyat Malaysia mempercayai khabar angin itu kerana beliau sendiri tidak diketengahkan dalam saf kepimpinan. Juga, tidak berminat untuk melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

Khabar angin ini muncul apabila Tan Sri Musa Hassan telah menarik balik saman fitnah yang difailkan ke atas Anwar Ibrahim sebelum ini atas desakan tertuduh yang mahu kes ini diselesaikan di luar mahkamah.

Menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan permainan politik Pakatan Pembangkang yang kini terdesak untuk meraih undi berikutan sokogan ke atas Pakatan Pembangkang semakin menurun tatkala pelbagai macam isu dan kes yang membuka pekung di dada. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger