MENTERI KEWANGAN II RAFIZI RAMLI SIFATKAN BN MULA TAKUT BAJET PAKATAN PEMBANGKANG



Sebagai Menteri Kewangan II dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang, Rafizi Ramli percaya kepimpinan BN sudah mula takut dengan Bajet Pakatan Pembangkang. Ini ekoran tindakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang membandingkan Bajet BN dan Bajet Pakatan Pembangkang secara khusus dan terperinci.

Tindakan Rafizi Ramli berkata sedemikian ekoran ketakutan melampau kerana beliau terlibat secara langsung dalam perancangan Bajet Pakatan Pembangkang. Malah, perbandingan yang dilakukan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam Bajet BN dan Bajet Pakatan Pembangkang telah membuka pekung dan temberang Pakatan Pembangkang kononnya Bajet mereka itu menjaga kebajikan dan memberi kesenangan kepada rakyat.

Kenyataan Rafizi Ramli bahawa “mereka (BN) lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Bajet Pakatan Pembangkang 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri adalah tidak lojik. Ini kerana Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak berjalan lancar dan diterima rakyat. Keyakinan rakyat terhadap Bajet BN dengan “Janji Ditepati” menjadikan rakyat mula menerima pentadbiran BN yang sekian lama menghantui Pakatan Pembangkang.

Adalah menjadi tanggungjawab Menteri Kewangan dan kakitangan Kementerian Kewangan untuk menyatakan hal sebenar kepada rakyat bahawa Bajet Pakatan Pembangkang itu sebenarnya palsu dan membuatkan negara menuju kebankrapan.

Tanggapan Rafizi Ramli bahawa Ahmad Husni Hanadzlah mengerahkan kakitangannya di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Pembangkang adalah salah. Ini kerana perbandingan yang dibuat Kementerian Kewangan itu adalah wajar bagi memberikan penjelasan kepada rakyat tentang keperluan Bajet 2013 yang telah dibentangkan Najib Razak dan pembohongan Bajet Pakatan Pembangkang.

Kejayaan Menteri Kewangan memberikan penjelasan berhubung Bajet 2013 BN dan Bajet 2013 Pakatan Pembangkang telah membuka mata rakyat bahawa Kerajaan BN serius dalam membawa kemakmuran negara selaras dengan tema Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak baru-baru ini.

Juga, membuatkan Rafizi Ramli mencari idea lain untuk spin isu lain atau mengemukakan cadangan bahawa Bajet 2013 Pakatan Pembangkang adalah karut. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger