MCA TIDAK ANTI-ISLAM, DAP BAGAIMANA?



Seperti cuba untuk menutup kelemahan DAP, Nasrudin dalam blognya ‘menyerang’ Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai mempamerkan "sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya". Ini ekoran desakan pelbagai pihak supaya PAS keluar dari Pakatan Pembangkang dan memutuskan hubungan dengan DAP yang secara terang anti-Islam.

Krisis penjenamaan Pakatan Pembangkang terganggu ekoran rakyat Malaysia kini sedar bahawa DAP merupakan parti politik anti-Islam yang selama ini hanya memperalat dan mempergunakan Islam untuk kepentingan politik (mendapatkan undi Melayu dan memperkudakan PAS) demi mencapai cita-citanya untuk memerintah.

Dakwaan itu lantas ditepis Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mengatakan sebaliknya. Tegas Nasrudin, MCA yang sebenarnya anti-Islam.

Bagaimanapun, dakwaan Nasrdin itu telah dijawab Setiausaha Agong MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan menafikan sekeras-kerasnya bahawa MCA anti-Islam sambil melontarkan persoalan Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?

MCA tidak dan bukan anti-Islam dan bukan prinsip MCA berbuat demikian. Selama bekerjasama dengan komponen BN lain seperti UMNO sebelum merdeka, MCA tidak pernah mempersoalkan tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan. Berbeza dengan DAP yang secara terang mempergunakan Islam demi meangut keuntungan politik mereka.

Beberepa tingkahlaku pemimpin PAS seperti Nik Aziz yang sebelum ini dengan tegas membela kerjasama PAS dengan DAP sehingga telah mengguris hati ahli-ahli dan para penyokong PAS yang kini sudah tidak dapat menahan sabar.

Seperti seorang yang telah buta mata dan hati, Nik Aziz tetap mempertahankan hubungan PAS dengan DAP dan terus membela Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Penasihatnya Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.

Juga, tindakan Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin PAS, Nasharudin Mat Isa juga tiada sebarang pembelaan daripada PAS malah menyokong tindakan Karpal itu yang dianggap sebagai keterlaluan.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger