MAT SABU SOKONG SERANG POLIS BRITISH



“Saya menyokong serangan yang diketuai Mat Indera ke atas ‘pihak Polis British’ di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Bagaimanapun, apabila disoal lanjut mahkamah berhubung perkara yang disentuh dalam ucapannya pada 21 Ogos 2011 itu, Mat Sabu menukar fikiran dengan berpandangan serangan tersebut tidak patut dilakukan. Beliau juga menyatakan bahawa sama ada beliau menyokong atau tidak serangan tersebut, perkara berkenaan telahpun berlaku.

Dalam pada itu, beliau juga berpendirian sesiapa sahaja yang menentang British sebelum merdeka adalah pejuang kemerdekaan dengan merujuk kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Perbicaraan itu diadakan susulan daripada artikel bertajuk Mohamad Sabu Hina Pejuang, Anggap Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 27 Ogos 2011.

Mat Sabu ketika disoal balas berkata, beliau tidak tahu daripada sejarah, serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan pengganas-pengganas Komunis dalam PKM.

Petikan ringkas Perbicaraan Mat Sabu ke atas Utusan Melayu.

FIROZ: Siapa yang serang Balai Polis Bukit Kepong?
MOHAMAD: Mat Indera
FIROZ: Seorang?
MOHAMAD: Yang lain, saya tidak tahu.
FIROZ: Tetapi, kamu sifatkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan, kamu tidak tahu siapa yang serang.
MOHAMAD: Tak tahu yang lain.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger