MAT SABU DAN MAT INDERA KOMUNIS



“Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan”
Dr. Karl Hack, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di The Open University, UK.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi, seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis.

Sebelum ini, Mat Sabu dengan bangganya menyatakan Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan kerana memerangi polis di Balai Polis Bukit Kepong.

Dr. Karl Hack, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu.

Karl Hack yang pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, membuat kesimpulan bahawa Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan.


Kenyataan tersebut tidak terlalu bergantung kepada buku Memoir Abdullah CD kerana buku itu ditulis hanya menerusi ingatan bekas Pengerusi Komunis Malaya (PKM) tanpa sokongan dokumen-dokumen lain. Walaupun begitu, buku Memoir Abdullah CD ada menyatakan bahawa Mat Indera seorang komunis, terang editor bersama buku ‘Dialogues with Chin Peng: New Lights on the Malayan Communist Party’.

Dalam buku Dialogues with Chin Peng: New Lights on the Malayan Communist Party juga menyatakan serangan ke atas Balai Polis Bukit kepong diketuai Mat Indera yang merupakan ahli PKM.

Karl Hack dalam keterangannya juga menyatakan Mat Indera sendiri memilih sebagai seorang komunis walaupun menyedari wajudnya konflik antara Islam dan komunis ketika itu.

Mat Indera atas kehendak sendiri kekal sebagai komunis setelah enggan menyerah diri semasa proses pemutihan yang ditawarkan British terhadap anggota-anggota komunis.  

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger