MAK LAMPIR TEMPLAK FAEKAH HUSIN



Tindakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang mempertahankan Khalid Ibrahim berhubung kenyataan Azmin Ali mengenai masa depan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar mendapat reaksi negatif daripada Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Majlis Pimpinan PKR Selangor menerusi Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Mak Lampir membidas Faekah Husin supaya tidak cuba memberikan komen peribadi terhadap kenyataan Azmin Ali sebaliknya menghubungi Azmin Ali sendiri terlebih dahulu berhubung isu berkenaan.

Zuraida Kamaruddin meminta Faekah Husin memahami kenyataan Azmin Ali dengan sifat positif dan bukannya negatif. Tegas Zuraida, kenyataan Azmin Ali itu dibuat dengan merasakan Khalid Ibrahim sebagai satu aset bagi Kerajaan Pakata Pembangkang dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan.

Faekah Husin telah mengeluarkan kenyataan yang dipetik akhbar tempatan sebagai kenyataan Azmin Ali dilihat sebagai langkah yang “tidak bijak secara politik. Selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.

Mak Lampir memberi amaran kepada Faekah Husin supaya merobohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger