KHIR TOYO: SKIM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS) JADI WAS-WAS



TAWAS telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Skim ini bagaimanapun akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang satu usia yang terlalu lama. Ini kerana, pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar sebanyak RM20,400.00. Itu belum ditambah lagi dengan dividen yang akan diperolehi mengikut kadar semasa. Ini sangat menakjubkan hingga menyebabkan rakyat Selangor terpengaruh dengan manifesto Pakatan Pembangkang pada tahun 2008.

Setelah hampir 5 tahun, skim TAWAS hanya mampu menarik seramai 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Kenapakah 80.6% anak yang lahir di Selangor tidak menyertainya walupun telah menghabiskan RM500,000 untuk kempen dan promosi? Pastinya, ada sebab mengapa hal ini berlaku termasuklah ketidakpercayaan rakyat terhadap Kerajaan Selangor.

Apakah pelaburan yang telah dilaburkan YAWAS dalam tempoh tersebut? Kini sudah 5 tahun berlalu dan hanya tinggal 12 tahun lagi untuk peserta TAWAS menerima imbuhan yang dinyatakan. Namun, sehingga kini YAWAS masih enggan menyatakan apakah jenis pelaburan yang mereka dijalankan?

Menurut maklumat dalam laman webnya, YAWAS ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM8.5 juta untuk dana TAWAS dan RM5 juta untuk dana operasinya. Kenapakah begitu banyak dana diperuntukkan untuk kos operasi YAWAS?

LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi YAWAS RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa.

LKAN mendedahkan baki dana YAWAS pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam YAWAS hanya tinggal RM5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM7.82 juta telah dibelanjakan.

Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan RM1.18 juta? Atau adakah wajar RM4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim TAWAS?

Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan YAWAS begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini.

Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil YAWAS dan TAWAS akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

Jangan nanti skim TAWAS menjadi skim was-was.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 16, 2012 at 7:16 AM

masa ko jadi MB kau bagi orang penyapu

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger