KHALID SAMAD PERLEKEHKAN PANDANGAN NYAYOK DR SHAHNON AHMAD



Jika Mahfuz Omar mempertahankan hubungan PAS dengan DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyatakan kenyataan Dr. Shahnon Ahmad itu adalah pandangan peribadi dan tidak harus diulas.

Majlis Pimpinan PAS Pusat telah bersetuju untuk meneruskan hubungan haram ini walaupun sedar majoriti ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan hubungan ini termasuk Dr. Shahnon Ahamd. Walau apapun, PAS tiada cara lain sebaliknya bersetuju bersekongkol dengan DAP dan PKR demi mencapai matlamat politik menjatuhkan UMNO dan BN.

PAS mempunyai Majlis Syura yang menentukan hala tuju PAS sebagai sebuah parti Islam. Walaupun mempunyai ahli dan pemimpin yang bukan ahli Majlis Syura, PAS tetap dibayangi kumpulan Anwarima yang menyokong Anwar Ibrahim melebihi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Khalid Samad juga menegaskan Dr. Shahnon Ahmad walaupun seorang ahli PAS seumur hidup tetapi beliau tida tahu perjuangan yang PAS bawa hari ini. Jika Mahfuz Omar menyatakan PAS masih bertekad untuk memperjuangkan Islam seperti 6 tahun lalu, tetapi Khalid Ibrahim sebaliknya dengan menyatakan PAS hari ini sudah lain dan melalui reformasi untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger