KHALID GAGAP BIDAS TUN DR. MAHATHIR PASAL GEORGE SOROS



Setelah sedar dirinya kini dalam bahaya apabila jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya sekarang ini menjadi rebutan ramai pihak, Khalid Ibrahim segera memberi reaksi ke atas kenyataan Tun Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir dalam kenyataannya berhubung tindakan SUARAM dan Malaysiakini yang menerima dana daripada George Soros, penyagak mata wang yang telah menghancurkan ekonomi Malaysia pada 1997 hingga menyebabkan ekonomi Malaysia meleset. Atas sebab itu, Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa mengundi atau memberi undi kepada Pakatan Pembangkang pada PRU-13 adalah sokongan kepada spekulator mata wang George Soros dan Yahudi.

Khalid Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir terhadap kenyataannya yang mengaitkan undi Pakatan Pembangkang dengan George Soros. Dakwaan itu sangat tidak berasas dan bertujuan berniat jahat.

Tegas Khalid Ibrahim lagi, “Saya percaya rakyat dan ahli cabang PKR tidak tertipu dan percaya tiada penduduk di sini pun mengenali Soros”.

Bagaimanapun, tuduhan itu ada kaitannya dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang secara terang terlibat dengan Malaysiakini seperti S. Sivarasa dan Tian Chua.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 8, 2012 at 3:46 AM

Kat M'sia ni cuma Khalid sorang jer yg tak kenal Soros, kesian dia.

Anonymous
October 8, 2012 at 7:19 AM

Adakah MB sorang ni macam katak bawah tempurong dan tak pernah baca tentang soros dlm internet. Mustahil MB ni tak faham BI.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger