KERAJAAN SELANGOR CADANG AMBIL ALIH HAK MILIK RUMAH PEMBELI PKNS BERSYARAT



Lain diminta lain pula yang diberi, itulah keputusan Kerajaan Negeri Selangor ke atas permohonan dan desakan pembeli rumah PKNS di Selangor.

Sebaliknya Kerajaan Selangor pimpinan PKR Selangor bercadang mengambilalih hak pemilikan pembeli rumah PKNS membabitkan golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk menjelaskan pinjaman perumahan mereka. Walaupun keputusan itu ‘mampu’ membantu rakyat Selangor namun itu bukan permintaan sebenar mereka.

Mereka sebenarnya mahu PKNS mengambilalih pinjaman tersebut bagi membolehkan mereka membayar terus kepada anak syarikat kerajaan negeri itu dengan kadar yang lebih rendah dan tidak membebankan.

Melalui cara ini, pembeli rumah PKNS yang miskin dan tidak berkemampuan berpeluang memiliki rumah kediaman sendiri.

Melihat kepada keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengambilalih hak pemilikan pembeli rumah PKNS itu, ada pro dan kontra dalam perjanjian itu nanti jika dilaksanakan.

Menerusi pengambilalihan itu nanti, pembeli rumah PKNS yang tidak mampu menjelaskan hutang pinjaman hanya perlu membayar sewa kepada Kerajaan Negeri Selangor atau PKNS dengan kadar yang lebih rendah.

Mereka yang tidak berkeupayaan (tidak mampu membayar pinjaman perumahan), kita boleh ambil rumah mereka dan mereka hanya membayar sewa paling rendah. Maknanya, mereka tidak payah beli. Namun, dari segi pemilikan, mereka tidak boleh memiliki rumah berkenaan kerana tidak ada keupayaan untuk memiliki rumah kediaman.

Secara asasnya jika Kerajaan Negeri Selangor mengambilalih pinjaman mereka bermakna pembeli rumah PKNS tidak akan dapat memiliki rumah tersebut. Sebaliknya, mereka (pembeli rumah PKNS) hanya duduk dan bayar sewa rumah itu sahaja selama-lamanya. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
October 16, 2012 at 10:27 AM

janganlah marah wahai rakyat selangor,bukankah tuan/puan sendiri yg memilih kerajaan,jadi tuan/puan kenalah ikut acuan kerajaan yg tuan/puan pilih sebab selalunya jika diberi pilihan kita selalu memilih yg terbaik.tuan/puan telah memilih kerajaan yg terbaik. jadi pada pandangan kerajaan ia telah menemui jalan untuk mengatasi masallah tersebut.rakyat patut terima walaupun ianya mendatangkan kerugian dalam jangka panjang.

Anonymous
October 16, 2012 at 11:07 AM

Ni dah jadi macam ceti along...parah....parah.... nasib kau lah rakyat selangor weh.................kau yang pilih kau yang pangkah. so sendiri mahu ingat lah PRU 13 nanti.

Anonymous
October 16, 2012 at 11:48 AM

Rakyat Selangor telah termakan dengan Manifesto MANIS Pakatan yang bertopengkan manusia dan berhatikan iblis sehingga mengabaikan kebajikan... Nasi sudah menjadi bubur... Mahu tidak mahu kena makan juga... Jika nak makan nasi bariyani kenalah pilih betul2

Anonymous
October 16, 2012 at 12:31 PM

ha ha ha ha ha ha ha

Tu la ....dulu konon nak lari dari mulut rimau akhirnya masok mulut DRAKULA.......

Kalo nak kene sedut abis dan kene perambat masok utan undi la lagi pakatoon PRU13 ni ye org Selangor...trmasok aku...hu hu hu...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger