KENYATAAN PENUH CERAMAH MAT SABU DI PADANG MENORA, TASEK GELUGOR, PULAU PINANG



Berikut ialah intipati ucapan ceramah Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang telah diadakan di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011 tanpa sebarang suntingan dan potongan.

“Bila hari Merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit kepong. Bukit Kepong polis tu polis British. Hat serang Bukit Kepong tu la pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indera, Melayu. Tetapi, semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong, hat serang balai polis itu penjahat. Polis tu polis British. Sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British.

Tapi dibuat filem yang hero, yang pertahan balai polis, hat serang yang pengganas. Padahal Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu. Dan akhirnya dihukum gantung di jel Taiping. Sebab itulah jugak Tok Janggut. Tok Janggut ni lawan British. Tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka. Bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

Semua sejarah negara kita bohong. Bohonglah. Dulu kita dok mengaji gitu. Depa dok bohong kita. Cikgu pulak kementerian pelajaran bagi modal, jadi bohong lawan bohong la. Jadi, sejarah kemerdekaan kita tidak kena, hadirin sekalian. Sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan. Lawan British jadi jahat.

Siapa pegawai British? Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman. Itu British. Hat lawan British? Hat tu la yang jadi pengganas. Abu Bakar Bakir, pengganas. Dr. Burhanuddin, pengkhianat. Kemudian, Rashid Maidin, komunis. Semua hat lawan British, jahat. Hat sokong British, hero. Ini pelik bin ajaib. Hat lawan British la pejuang kemerdekaan. Takpalah kita ambil alih Malaysia esok, kita ubah balik sejarah ni”.

Renung-renungkan dan lihat bagaimana Mat Sabu mahu mengubah sejarah Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang menang pilihan raya nanti.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

October 10, 2012 at 11:01 AM

Polis dan tentera mesti taat kpd sesiapa pemerintah mereka, pada ketika itu beritish demi kehidupan mereka. Sekarang mereka diperintahkan oleh kjaan Msia maka tuan mereka adalah ketuanan Melayu.
Mat indera bersekutu dgn pendatang dari cina, menentang British demi kuasa. Tok Janggut menentang British menghalau penjajah dgn anak watan demi bangsa mereka.
Komunis berjuang utk menawan Tanah Melayu waima dgn apa cara utk menjajah, samalah dgn British.
Komunis kata perjuangan mereka menghalau penjajah, mengapa setelah penjajah balik mereka masih membunuh org Melayu sehingga dis 1989, sedangkan T.Melayu merdeka pada tahun 1957?

aloya
October 10, 2012 at 11:40 AM

Mat Sabu kata dia tak tau PKM berjuang untuk tubuhkan negara komunis...kahkahkah bodo punya Mat Sabu 121

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger