KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK JAWAB SENDIRI?



Pelik bin ajaib. Lain orang yang buat lain orang yang jawab. Sebelum ini ramai pemimpin PKR yang kerjanya jadi tukang jawab kesalahan dan perbuatan Anwar Ibrahim semasa beliau jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Sedangkan ketika itu, mereka (pemimpin) PKR yang jadi tukang jawab tu masih berhingus dan tidak mengenali Anwar Ibrahim. Tetapi, sekarang semua pemimpin PKR tunjuk hero untuk jadi tukang jawab Anwar Ibrahim. Hakikat sebenarnya mereka tu nak tunjuk pandai supaya boleh dipertimbangkan untuk dicalonkan semula dalam PRU-13 walaupun perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat hancus dan gagal dilaksanakan seperti yang diharapkan rakyat.

Terbaru, atas kapasitinya sebagai Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menjawab bagi pihak Anwar Ibrahim dalam kenyataan terbaru veteran UMNO bahawa Anwar Ibrahim yang telah menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Jawapan Nik Nazmi mudah saja, kenyataan Tan Sri Sanusi Junid itu tidak berasas sama sekali.

Jika dimbas kenyataan Sanusi Junid itu ada asasnya kerana beliau dan Anwar Ibrahim pernah sama-sama menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Bagi menyakinkan kebolehannya mempertahankan Anwar Ibrahim, Nik Nazmi menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa mereka berdualah yang menjadi penyebab kepada penyelewangan ekonomi.

Pastinya Anwar Ibrahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nik Nazmi atas keberaniannya itu biarpun apa yang diperkatakannya itu tiada kebenarannya. Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkang untuk memberikan apa saja kenyataan balas bagi mengelirukan rakyat biarpun kenyataan itu adalah tidak berasas sama sekali. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 24, 2012 at 1:49 PM

masa anuar jadi menteri dlm kabinet, budak ni dah sunat ke belom???

October 24, 2012 at 9:11 PM

aku puji konar baring si nik nazmi ni walaupun ketika anwar dlm kabinet, budak ni koneknya belum disunat. kira berani kerana bodoh la tu....

Anonymous
December 4, 2012 at 7:53 AM

budak ni dpt skolahsip bumi ludah balik nep

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger