KABINET BAYANGAN: JELAS PKR TIDAK HORMATI PAS DAN DAP DALAM PAKATAN PEMBANGKANG



Jika sebelum ini PKR Pusat dan PKR Selangor sudah mencanang-canang bakal Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang seperti yang diumumkan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada minggu lepas dalam Program Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012, rakan komponen mereka, PAS Selangor menyatakan sebaliknya.

PAS tidak pernah memikirkan hal ‘sejauh’ itu memandangkan PRU-13 pun belum lagi diumumkan. Sebaliknya, tegas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman, PAS Selangor lebih banyak mengatur strategi untuk menumbangkan BN dan bukannya bermimpi di siang hari seperti mana yang dimaksudkan Timbalan Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Tegas Rani lagi, sebelum ini Pakatan Pembangkang tidak pernah membincangkan hal Kabinet Bayangan dan kenyataan Anwar Ibrahim berhubung Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang itu sebagai membelakangi PAS dan DAP.

Ternyata, pemikiran PKR yang sudah pergi sejauh itu menunjukkan PKR sudah tidak sabar lagi untuk menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dan, kenyataan PKR bahawa seramai 20 orang pemimpin PKR akan tersenarai dalam Kabinet Pakatan Pembangkang itu ternyata PKR tidak menghormati rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw menemplak PKR dan Anwar Ibrahim sebagai bermimpi di siang hari apabila menerima perkhabaran berita bahawa Anwar Ibrahim sudah mempunyai barisan kabinetnya dengan 20 orang daripadanya merupakan pemimpin PKR.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger