DAP PULAU PINANG DALANG SIMBAH CAT MERAH?



Atas kelantangan suaranya bercakap pasal perumahan rakyat Taman Manggis dan secara langsung mencemarkan nama tokong Lim Guan Eng, DAP Pulau Pinang bertindak tidak profesional dengan menyimbah cat merah dan mengetuk cermin depan kereta milik Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

Kereta milik Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah dipercayai dilakukan dua orang lelaki yang memakai baju hujan dan menggunakan motosikal. Bagaimanapun, insiden itu terlalu pantas sehingga tidak dapat mengecam lelaki tersebut.

Dipercayai kejadian berlaku sekitar jam 3.20 petang dalam suasana hujan lebat dan disedari seorang pekerja kedai makan.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Oh Tong Keong percaya perbuatan tersebut ada kaitannya dengan isu perumahan rakyat Taman Manggis yang sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan. Ini merupakan kali pertama beliau terkena perbuatan sedemikian sejak memegang jawatan Pemuda BN Pulau Pinang.

Dalam kejadian tersebut, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk berjuang demi rakyat dalam menghadapi diktator tokong Lim Guan Eng. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger