DAP KEDAH TENTANG HUKUM HUDUD! APA KATA AZIZAN DAN NIK AZIZ?



PAS menerima tamparan hebat apabila DAP Kedah secara terang menentang pelaksanaan hukum hudud Islam di Kedah sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 akan datang.

“DAP Kedah sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan negara Islam”.
Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah

Tindakan ini termasuklah dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model pakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.

Jika PAS tetap mahu melaksanakan undang-undang berkaitan Islam, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada semua parti komponen Pakatan Pembangkang termasuk DAP. Namun, secara terang lagi bersuluh DAP menentang keras pelaksanaan hukum hudud dan Islam.

Kenyataan Lee Guan Aik itu susulan daripada kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

Menurut Lee Guan Aik lagi, pandangan Datuk Bandar MBAS itu lebih bersifat peribadi kerana garis panduan yang dicadangkan itu tidak selari dengan peraturan dalam Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Jelasnya, pihak berkuasa di Kedah tidak mempunyai kuasa untuk menggubal atau mewartakan sesuatu peraturan tanpa dipersetujui oleh Ahli Majlisnya yang diwakili oleh wakil daripada Pakatan Pembangkang.

Sekali lagi ditegaskan jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud termasuklah dalam pemasangan papan iklan, PAS terpaksa mendapat persetujuan daripada DAP terlebih dahulu. Soal PAS komponen Pakatan Pembangkang tidak timbul kerana keputusan hendaklah dipersetujui majoriti ahli parti. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger