DAP AKUI MEMPERALATKAN PAS UNTUK CAPAI KEMENANGAN PRU-13



Jika sebelum ini pemimpin PAS bermuka-muka dalam memberikan jawapan mengenai hubungan PAS dengan DAP dalam Pakatan Pembangkang bagi menjaga keharmonian politik masing-masing sehingga sanggup membohongi rakyat khususnya ahli-ahli PAS. Namun, bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiada yang harus disembunyikan dalam soal hubungan DAP dan PAS.

Bagi Lim Kit Siang, mengakui kewujudan perbezaan antara DAP dan PAS dalam Pakatan Pembangkang yang membabitkan hukum hudud dan negara Islam. DAP akan mempertahankan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan biarpun Pakatan Pembangkang menang PRU-13. Manakala, mewujudkan negara Islam bukan agenda DAP dan Pakatan Pembangkang sebaliknya DAP bertekad untuk menubuhkan negara sekular seperti mana yang dilakukan PAP ke atas Singapura.

Tidak merestui hukum hudud bukanlah perkara baru bagi DAP kerana sebelum wujudnya Pakatan Pembangkang atau Barisan Alternatif, DAP yang ketika itu bergerak sendirian sebagai pembangkang sememangnya berniat menentang hukum hudud yang ditakrifkan sebagai terlalu kejam dan merugikan orang bukan Islam khususnya orang Cina.

Begitu juga dengan mewujudkan negara Islam yang dilihat menjadi objektif utama PAS sebelum menyertai Pakatan Pembangkang. Sekarang ini pun, di bahawa pemerintahan BN, Malaysia dikenali sebagai negara Islam selain negara membangun sehingga mendapat pengiktirafan daripada negara-negara lain di dunia.

Secara jelas, hubungan DAP dan PAS dalam Pakatan Pembangkang tidaklah sepakat dalam hal-hal berkaitan di atas, tetapi mengakui bersepakat dalam melantik Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang menang pilihan raya. 

Keberanian Lim Kit Siang itu dikemukakan dalam ceramah Perdana bersempena 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandar Raya Islam, Kelantan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger