BN PELIHARA PERPADUAN DAP PECAHKAN PERPADUAN



Masyarakat Cina di Sarawak harus menyokong BN pada PRU-13 ini agar mereka dapat bersama-sama menikmati pembangunan ekonomi dan sosial. Namun, percaya itu bukan perkara mudah kerana ramai di kalangan masyarakat Cina di Sarawak tidak minat berpolitik tetapi tetap mengundi DAP dan Pakatan Pembangkang walaupun selama ini BN yang menyalurkan dana dan peruntukan untuk memajukan kawasan mereka.

Setelah lebih setahun 6 bulan PRN Sarawak Ke-10 berlalu dan DAP memenangi 9 kerusi DUN, tiada satupun pembangunan yang dibawa mereka sebaliknya hanya Kerajaan BN saja yang berjanji dan menepati janji dalam melaksanakan pembangunan sama ada infrastruktur, sosioekonomi dan sosial.

DAP pula dalam tempoh ini hanya berpolitik dan menganjurkan ceramah politik tanpa permit dengan menabur pelbagai macam janji. Sedangkan janji PRN Sarawak Ke-10 lalu tidak juga dilaksanakan.

Bagi BN, masyarakat Cina adalah suatu komponen penting dalam melaksanakan pembangunan dan kerajaan yang terbaik juga dihasilkan oleh sumbangan semua bangsa. Inilah realitinya tinggal di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan suku bangsa. Meskipun Bumiputera mewakili dua pertiga dalam kerajaan, namun masyarakat Cina masih diperlukan untuk berada dalam kerajaan.

“Secara jujurnya, saya tidak mahu komuniti Cina di luar kerajaan kerana kesejahteraan sesebuah negeri adalah disumbangkan oleh semua bangsa, malah pintu kita sentiasa terbuka kepada semua bangsa untuk menyertai kerajaan.

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Komuniti Cina perlu memilih wakil yang mampu membawa mereka berada dalam kerajaan dan benar-benar ingin berkhidmat dengan BN.

“Pilih wakil yang betul-betul ikhlas, sanggup untuk berkhidmat kepada rakyat dan mahu berbincang atau berhubung dengan kerajaan. Berada pada pihak pembangkang tidak semestinya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi, sebaliknya lebih kepada hanya bercakap sahaja.

“Sama ada kita mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi atau tidak, ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita memahami pemimpin yang kita pilih.

Jangan nanti, apabila tersalah pilih baharulah hendak menyesel dan itu sudah terlambat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger