BAGUS SANGATKAH PEMBANGKANG?



Semakin canggih teknologi maka semakin tinggi pemikiran rakyat pada hari ini sehingga melabelkan Pembangkang sebagai ‘bagus’. Apakah yang bagusnya mengenai Pembangkang?

Apakah yang telah dilakukan Pakatan Pembangkang merangkumi DAP, PKR dan PAS bagi membangunkan negara melainkan bijak berkata-kata kosong dan menabur janji. Juga, kerja wakil rakyat Pembangkang ini hanya membangkang segala macam projek dan program yang dibuat khusus untuk pembangunan rakyat.

Lihat saja di Selangor apabila rakyatnya kini mula sedar betapa teruknya Kerajaan yang mereka pilih pada PRU 2008. Segala macam masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini kini telah berlaku dan menyusahkan rakyat.

Mereka (Pembangkang) yang tidak berbuat apa-apa dikatakan bagus dan kerajaan yang buat jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain dikatakan korup. Bukti yang paling dekat ialah kawasan Parlimen Stampin sendiri. DAP tidak berbuat apa-apa di kawasan tersebut, sedangkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang membina pelbagai prasarana untuk kegunaan umum.

Juga, Kelantan yang telah 21 tahun diperintah PAS, pembangunan di negeri tersebut tidak menggambarkan prestasi pentadbiran yang baik terhadap kerajaan negeri.

Hakikatnya, Pakatan Pembangkang terlalu banyak berpolitik melebih 25 jam sehari sehingga perkara remeh dan temeh dijadikan modal politik. Pakatan Pembangkang bukan saja tidak matang bahkan teralu mementingkan kuasa dan jawatan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap kebajikan rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger