AZMIN KATA BN KETINGGALAN, DAP DAN PAS TIDAK SETUJU UMUM CALON AWAL



Isu pengumuman calon awal seperti yang dikemukakan BN menerusi Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mendapat pelbagai reaksi daripada Pakatan Pembangkang mahupun BN sendiri. Bagi pemimpin BN, mereka bersetuju manakala di pihak pembangkang mereka berdolak-dalih hingga wujud ketidaksepakatan dalam Pakatan.

Biarpun pengumuman calon lebih awal itu datangnya daripada BN untuk pemimpin dan ahli BN, tetapi Pakatan Pembangkang sibu dan menyibukkan diri berhubung cadangan BN. Terpulanglah kepada BN untuk umumkan calon kerana ia melibatkan dalaman BN sahaja.

Lebih mengujakan Pakatan Pembangkang dalam hal ini ialah cadangan BN itu dikatakan meniru PKR dan ketinggalan zaman. PKR sebelum ini telahpun mengumumkan calon mereka lebih awal sejak beberapa bulan lalu dan terbaru pengumuman Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang akan bertanding dan mempertahankan Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU-13 akan datang. Persoalan di sini, apakah penduduk dan pengundi Parlimen Bandar Tun Razak akan mempertahankan atau mengundi Khalid Ibrahim dengan melihat apa yang telah dilakukannya ke atas rakyat Selangor.  

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Naib Presiden, PKR N. Surendra, akan bertanding di Parlimen Padang Serai manakala Pengarah Strategi, PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di Parlimen Pandan.


Menurut Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah pendekatan mengetengahkan calon lebih awal seperti yang dicadangkan BN dan dibuat PKR mempunyai kesan buruk kepada parti. Selain mudah diserang, pengumuman calon lebih awal juga boleh mengakibatkan mereka yang tidak terpilih akan sabotaj parti.

Jika Azmin mengatakan BN ketinggalan zaman dalam mengumumkan nama calon lebih awal, bagaimana pula dengan DAP dan PAS yang tegas mengatakan mereka tidak akan mengikut jejak langkah BN itu. Sedangkan, PKR sendiri telah mengumumkan calon mereka lebih awal.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger