ANWAR IBRAHIM TOLONG SAHKAN PERKARA INI DAHULU



Jika benar apa yang diperkatakan pemimpin Pakatan Pembangkang dalam setiap ceramahnya yang mempersoalkan pelbagai isu khususnya dalam isu SUARAM, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang wajar menjawab beberapa persoalan berhubung perkara tersebut:

1. Adakah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merupakan organisasi yang sahih dari sudut undang-undang negara?

2. Apakah semua pengakuan yang dibuat kepada pihak mahkamah tribunal Perancis oleh Suaram berhubung kesahihan entiti tersebut adalah benar dan tidak ada sebarang penipuan?

3. Apakah Suaram sebenarnya memperjuangkan hak asasi manusia, bukan alat politik beliau untuk memfitnah Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13?

4. Anwar Ibrahim perlu mengesahkan jawatan yang disandang beliau dalam PKR adalah melalui proses pemilihan secara demokrasi dan bukan atas pelantikan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

5. Anwar Ibrahim juga perlu mengesahkan sama ada Suaram merupakan entiti yang akan digunakan bagi menyalur dana pihak asing untuk membiayai calon-calon pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar Ibrahim tidak perlu menyahut cabaran tersebut jika sememangnya berhasrat mahu menjadikan Suaram sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai nafsu politiknya.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 29, 2012 at 10:44 AM

Belum ada kuasa sudah support organisasi yang tidak sahih dari sudut undang-undang negara... Belum ada kuasa sudah support organisasi yang melakukan hubungan seks yang tidah sahih... Belum ada kuasa sudah menjadi Ketua Umum di mana proses pemilihannya secara tidak demokrasi... Jika ada kuasa bagaimana?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger