UNISEL RUGI DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN PEMBANGKANG



Walaupun didesak banyak kali Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang berjanji akan mengemukakan laporan audit UNISEL pada bulan Ogos lepas dan sehingga kini hanya tinggal janji.

Akibat janji tinggal janji, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor telah mendedahkan laporan audit kewangan UNISEL menunjukkan universiti itu telah mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Salinan Laporan Audit UNISEL bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010. Bagi mengelak sebarang kecelaruan, salinan laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.

Sebelum ini Khalid Ibrahim bertegas bahawa UNISEL tidak rugi dan mengalami untung. Dan, kini salinan laporan audit mengesahkan penurunan keuntungan yang diperolehi UNISEL sejajar dengan penurunan kemasukan pelajar dari tahun 2008 hingga 2009.


Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid Ibrahim seharusnya jujur kepada rakyat yang mana beliau harus bertanggungjawab ke atas segala macam yang berlaku. Ternyata kerugian yang dialami UNISEL menunjukkan kegagalan Khalid Ibrahim dan Pakatan Pembangkang yang menerajui Kerajaan Selangor.

Di luar negara, jika ini berlaku ke atas mana-mana pemimpin, mereka tidak teragak-agak untuk meletak jawatan kerana atas rasa tanggungjawab. Tapi, mungkin tidak bagi Khalid Ibrahim yang masih mahu menjawat jawatan Menteri Besar sehingga mati.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 9, 2012 at 10:58 PM

camanelah tokoh korporatpun boleh tertonggeng mcm tu. student makin bertambah maka rugipun makin bertambah. semua benda nk dipolitikkan, maka inilah hasilnya. rasakan.. org s'gor nk lg org mcm ni jd pemerintah? kalau dulu bn dituduh bebal, yg ini nk disebut apa?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger