TEMBERANG MANSOR OTHMAN PECAH BUAT LIM GUAN ENG MARAH SAKAN



Pada 24 Ogos lepas, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman menafikan sekeras-kerasnya beliau ada menyebut perkataan ‘tokong’ kepada Lim Guan Eng dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang yang membincangkan mengenai persiapan PKR dalam PRU-13 akan datang.

Dalam sidang akhbar bersama Lim Guan Eng sebelum ini, Mansor Othman menjelaskan beliau ada menyebut perkataan ‘tokong’ bagi menggambarkan sanjungan terhadap Lim Guan Eng. Itupun setelah didesak beberapa kali oleh wartawan dan selepas mengadakan perbincangan dengan Lim Guan Eng, akhirnya Mansor Othman mengaku dengan merujuk kertas yang diserahkan Lim Guan Eng untuk dibaca kepada wartawan.

Waktu itu Mansor Othman baru saja didakwa dalam mengeuarkan perkataan tokong, angkuh dan sombong tetapi beluam dikeluarkan rakaman audio.

Setelah sebulan ‘terselamat’ daripada Lim Guan Eng, akhirnya Buletin Utama TV3 menyiarkan rakaman audio sedutan minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang dipengerusikan Mansor Othman. Pastinya Mansor Othman tercari-cari ayat dan alasan bagi menenangkan Lim Guan Eng atau terserah kepada Lim Guan Eng dan DAP dalam menentukan nasibnya.


Dengan jelas, seperti dalam rakaman audio itu semasa mesyuarat PKR Pulau Pinang, Mansor Othman mengatakan Lim Guan Eng ‘tokong’ dan jangan main-main kerana Ketua Menteri itu sangat berpengaruh di kalangan kaum Cina di negeri itu.

Kedengaran dengan jelas, mereka (PKR) berpakat tidak mahu 'bagi jalan' kepada DAP nak tambah kerusi di Pulau Pinang. Ini termasuk rancangan pasang ' orang ketiga' untuk berdepan dengan calon DAP.

Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
You cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yang buat dia org sombong,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..
Every seat kita target nak bertanding..kena ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertanding
I have already asked Lau to identify areas for PKR to stand
Dia lawan kacau tempat kita, kita kena lawan

-Mansor Othman, Pengerusi PKR Pulau Pinang-

Apakah pula alasan Mansor Othman selepas ini dan bagaimanakah pula nasib PKR di Pulau Pinang? 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 25, 2012 at 11:09 AM

Pro-Israel Groups Support Malaysian Opposition :-

http://nilebowie.blogspot.com/2012/09/pro-israel-groups-support-malaysian.html

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger