RAMAH TAMAH AIDILFITRI PKR CABANG PETRA JAYA JADI PENTAS POLITIK TABUR FITNAH



Bertempat di rumah No 25, Kampung Tupong Batu, PKR Cabang Petra Jaya telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri pada 15 September 2012, jam 8.30 malam yang telah dihadiri seramai lebih kurang 100 orang.

Jumlah yang hadir itu sememangnya kurang memuaskan dan tidak mencapai sasaran dan kehendak penganjur. Akibatnya, penganjur terpaksa menanggung malu dengan kehadiran jumlah pengunjung yang tidak ramai biarpun ramai penceramah PKR yang hadir.

Antara tetamu VIP yang hadir terdiri daripada See Chee How, Willie Mumin, Nurhanim Mokhsen, Habsah Harun, Abang Zulkifli Abang Engkeh, Voon Shiak Nie, Eei Ling, Gan Pei Nei dan Hairie Othman.


Nurhanim Mokhsen yang juga calon PKR di Parlimen Petra Jaya dalam ucapannya yakin PKR akan dapat menawan Parlimen Petra Jaya pada PRU-13 akan datang. Seperti biasa, Nurhanim tidak akan bercakap panjang lebar kerana beliau sememangnya tidak pandai berucap dan hanya tahu memfitnah orang.

Bagi ADUN Batu Lintang, See Chee How percaya Parlimen Petra Jaya akan menjadi milik PKR berikutan kewibawaan Nurhanim Mokhsen dalam memfitnah orang khususnya memberikan dakwaan negatif terhadap pemimpin BN.

Seperti ceramah-ceramah sebelumnya, Willie Mumin yang menjadi calon pilihan PKR untuk bertanding di Parlimen Mambong telah membangkitkan masalah yang dihadapi penyandang BN dan keadaan di Parlimen Mambong.

Jika Nurhanim dan Willie Mumin yakin PKR akan menang di Parlimen Petra Jaya dan Parlimen Mambong, Abang Zulkifli Abang Engkeh yang juga calon PKR di Batang Lupar yakin PKR mampu menewaskan penyandang BN. Ini berdasarkan pandangannya bahawa pengundi wanita di kawasan pedalaman telah berubah dan menyokong perjuangan PKR di Sarawak.

Abang Zulkifli Abang Engkeh menyatakan sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13, nasib wanita di pedalaman akan terbela dengan pemberian RM50 sebulan. Ini adalah janji-janji Pakatan Pembangkang terhadap rakyat Sarawak.

Wakil PKR dari Semenanjung Malaysia, Eei Ling mengatakan pengundi muda di Semenanjung sudah berubah dan mula mengundi Pakatan Pembangkang. Sebagai ADUN di Selangor, Ei Ling membangkitkan isu air percuma kepada penduduk Selangor biarpun Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Kerajaan Selangor kini berhadapan dengan saman yang dikemukakan oleh rakyat Selangor.

Gan Pei Nei juga daripada PKR Selangor mengiyakan kenyataan Abang Zulkifli Abang Engeh berkenaan pemberian wang bulanan sebanyak RM50 kepada setiap suri rumah sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13. Gan Pei Nei menambah jika suri rumah itu meninggal dunia, setiap ahli keluarganya akan diberikan RM2,000 bagi menyatakan keprihatinan Pakatan Pembangkang terhadap keluarga berkenaan.


Selain isu-isu di atas, kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang juga mengulangi isu-isu lampau seperti isu hutang Malaysia sebanyak RM400 bilion, isu rizab negeri Selangor naik kepada RM1.9 bilion, isu cincin Rosmah Mansor, isu NFC, isu Empangan Bakun. Manakala isu baru yang dikemukakan Pakatan Pembangkang ialah isu turunkan harga kereta, isu skim rumah pertamaku kepada wanita muda dan menyatakan rakyat Sabah mahukan perubahan.

Kepada pemimpin Pakatan Pembangkang, rakyat Sarawak tidak mudah ditipu sebegini. Ini semua telah diekploitasikan Pakatan Pembangkang dalam mencari sokongan menjelang PRU-13 akan datang. Persoalan kini, kenapa selepas PRU-12 dahulu Pakatan Pembangkang tidak pernah memperdulikan rakyat Sarawak dan kenapa baru sekarang, menjelang PRU-13 baru cuba untuk menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Sarawak?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger