RAFIZI CUBA KETEPIKAN DAKWAAN BAFIA ATAS ALASAN POLITIK



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.

Rafizi yang sebelum ini lantang bersuara dalam hal NFC yang dikatakan suatu kejayaan besar PKR dalam membongkar penyalahgunaan kuasa BN dalam memberikan pinjaman berjumlah RM240 juta kepada suami Shahrizat.

Kejayaan mendapatkan transaksi dan butiran kewangan syarikat NFC yang dikatakan mendapat pembiayaan daripada kerajaan dan pelaburan NFC yang disifatkan sebagai menyalahgunakan pinjaman tersebut. Akibat daripada itu, PKR berasa sangat berjaya sehingga tidak sedar bahawa perlakuan dan tindakan Rafizi Ramli dan PKR itu melanggar akta Bafia.

Mohd Rafizi, 35, memfailkan permohonan itu melalui peguamnya Latheefa Koya di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi.

Dalam permohonan itu, Latheefa Koya menyifatkan dakwaan yang dikenakan pendakwaraya terhadap Rafizi Ramli itu merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pendakwaan, bersifat selektif dan bermotifkan politik.

Selain Mohd Rafizi, seorang kerani bank yang juga rakan subahatnya Johari Mohamad juga didakwa atas akta yang sama. Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 10 Okt ini untuk sebutan semula kes yang membabitkan mereka berdua.

Seperti biasa, setiap kali pendakwaan mahupun pertuduhan, peguam yang mewakili mereka yang juga pemimpin PKR sendiri akan mengaitkannya sebagai isu politik biarpun kes itu secara jelas melanggar undang-undang Bafia. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger